Asus Zenfone Max Shot Dan Zenfone Max Plus M2 Adalah Dua Peranti Terawal Dengan Cip Snapdragon SiP 1

Bagi kebanyakan pengguna, peranti dengan cip Qualcomm Snapdragon memberikan keyakinan berbanding cip keluaran syarikat lain kerana sokongan yang lebih baik. Cip Snapdragon jatuh ke dalam kelas SoC (System-On-Chip) dengan beberapa komponen utama yang diperlukan sesebuah telefon pintar. Qualcomm kini menghasilkan cip baru Snapdragon SiP 1 di bawah kategori baru System-In-Package (SiP). Lebih banyak komponen penting seperti codec audio dan cip kawalan kuasa kini terbina di dalam sebuah cip lengkap.

Asus Zenfone Max Shot Dan Zenfone Max Plus M2 adalah dua peranti terawal menggunakan cip Snapdragon SiP 1 ini. Asus Zenfone Max Shot dilengkapi skrin 6.26″ IPS LCD FHD+, memori 3/4GB RAM, storan 32/64GB, kamera utama 12+8+5 MP, kamera hadapan 8MP dan bateri sebesar 4000 mAh.

Asus Zenfone Max Plus M2 pula dilengkapi skrin 6.26″ IPS LCD FHD+, memori 3GB RAM, storan 32GB, kamera utama 12+5 MP, kamera hadapan 8MP dan bateri sebesar 4000 mAh. Kedua-dua peranti masih lagi menggunakan sistem operasi Android 8.1 Oreo. Harga jualan untuk Asus Zenfone Max Shot bermula dari R$1349 (~RM 1436) manakala Asus Zenfone Max Plus M2 pula R$1299 (~RM 1384).

Cip Snapdragon SiP 1 ini mempunyai kemampuan memproses setanding dengan Snapdragon 450 dengan GPU Adreno 506. Menurut Qualcomm, cip SiP mengurangkan kos kerana kesemua komponen utama terbina di dalam satu cip. Ini memberikan lebih banyak ruang untuk komponen lain ditambah pada papan induk.

Sumber : amanz.my

Write a Comment

view all comments

*

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.