Atari VCS 2020 : Mampu Bersaing dengan PS5?

Pelancaran konsol PS5 hanya tinggal beberapa minggu saja lagi, dimana ianya akan memasuki pasaran pada penghujung November 2020. Walaubagaimanapun, ada satu lagi konsol baru yang akan dilancarkan pada November tahun ini dan mempunyai lebih 100 permainan yang dimasukkan ke dalam konsol.

Konsol terbaru tersebut ialah Atari VCS, versi terbaru dari Atari VCS klasik dan ianya akan dilancarkan bersama-sama PS5 pada November tahun ini.

Tidak seperti Atari VCS yang asal yang dijual pada tahun 1977, Atari VCS terbaharu ini dilengkapi dengan pelbagai teknologi terkini untuk membuatkannya kalis masa depan dia tahun 2020 dan ianya termasuk cip pemprosesan AMD Ryzen, kad grafik AMD Radeon, dan 8gb Ram yang boleh dinaiktaraf membolehkan konsol ini memaparkan permainan didalam format 4K HDR.

Atari VCS juga didatangkan dengan USB 3.0, HDMI dan port Ethernet untuk sambungan wayar serta Wi-Fi dan Bluetooth untuk sambungan
tanpa wayar. Antara penambahbaikkan berbanding konsol asal termasuk penambahan Atari Modern Controller selain dari Atari Classic Controller.

Menariknya, Atari VCS berbeza dengan konsol permainan lain malahan ianya mempunyai PC Mode tersendiri. Ini bermaksud anda boleh
memuatnaik sistem operasi yang kedua didalamnya seperti Windows dan menggunakan VCS sebagai komputer peribadi.

Dari segi sistem operasi untuk permainan konsol, Atari VCS menggunakan sistem operasi Linux dan didatangkan dengan “pelbagai permainan Atari klasik” yang telah dimuatnaik dan termasuk “pelbagai permainan zaman sekarang dari pelbagai studio”.

Atari VCS juga mempunyai kedai maya sendiri yang membolehkan pengguna memuatnaik permainan tambahan, aplikasi termasuk aplikasi
streaming video, aplikasi muzik serta browser laman sesawang.

Anda boleh mendapatkan Atari VCS dengan pra-tempah sekarang terus dari Atari dengan harga bermula USD389.99 atau RM1621.38 jika ditukar terus kepada ringgit Malaysia. Anda juga boleh mendapatkan Atari VCS dengan tiga warna pilhan termasuk Hitam Walnut, Hitam Onyx dan Emas Carbon.

EDITOR – SAIFUL HAWARI

Write a Comment

view all comments

*