Audi Quattro mengubah landskap dunia kenderaan dengan sistem panduan empat roda yang mencengkam tetapi dengan pengurangan berat yang ketara. Tiada kenderaan lain di pasaran pada tahun 1980 yang menawarkan pakej menarik ini. Hasilnya Audio memenangi kejuaraan WRC untuk dua tahun berturut-turut dan kini penggunaan 4WD dalam lumba rali adalah kebiasaan. Teknologi Quattro kini mencecah 40 dan evolusi seterusnya diperkenalkan pada Audi e-Tron GT.

Audi e-Tron GT dan Audi RS e-tron ialah dua lagi model kenderaan elektrik yang dilancarkan oleh Audi semalam. Sistem motor elektrik depan dan belakang berkongsi platform dengan Porsche Taycan1. Tidak mengejutkan sebenarnya kerana kedua-dua syarikat adalah di bawah payung Volkswagen Group.

Jadi apa yang menariknya mengenai kedua-dua e-Tron ini? Jawapannya ialah sistem pemanduan empat roda kini digunakan pakai pada kereta elektrik mereka. Audi e-Tron GT dilengkapi sepasang motor dengan output maksimum 390 kW (530 HP). Kenderaan boleh memecut dari 0-100 km/j dalam masa 3.9 saat, kelajuan maksimum 245 km/j dan jarak operasi 383 km dengan sekali caj.

Audi RS e-Tron pula dilengkapi sepasang motor dengan output maksimum 475 kW (646 HP) . Kenderaan boleh memecut dari 0-100 km/j dalam masa 3.1 saat, kelajuan maksimum 250 km/j dan jarak operasi 373 km dengan sekali caj. Menurut Audio, prestasi RS e-Tron adalah lebih mantap berbanding sebuah R8 dengan enjin V10 keluaran mereka.

Selari dengan imejnya sebagai kenderaan mesra alam, kemasan dalaman diperbuat daripada bahan Dinamica yang bebas kulit haiwan. Dinamica diperbuat daripada bahan yang telah dikitar semula. Tetapi kepada pelanggan yang inginkan kemasan kulit Napa, ia masih ditawarkan sebagai pilihan tambahan.

Bagi yang berminat, Audi e-tron GT quattro Premium Plus ditawarkan pada harga $99,900 (~RM404,000) , Audi e-tron GT quattro Prestige pada harga $107,100 (~RM433,000) dan Audi RS e-tron GT pada harga $139,900 (~RM565,000).

Sumber : amanz.my

By neto

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.