Clubhouse kini menjadi antara aplikasi popular di Malaysia kerana statusnya yang hanya untuk yang dijemput dan pada peranti iOS sahaja setakat ini. Sejak dilancarkan awal tahun 2020, ia kini mempunyai jutaan pengguna untuk membincangkan isu-isu semasa dalam tempurung Telawi masing-masing. Tetapi keselamatan dan privasi Clubhouse mula dipersoalkan minggu ini selepas audio berjaya distrim ke laman luar.

Seorang pengguna berjaya menstrim audio dari beberapa milik ke laman pihak ketiga milik beliau. Ini membenarkan pengguna tanpa akaun dan iPhone untuk mendengar audio topik perbincangan Clubhouse. Clubhouse segera mengeluarkan kenyataan bahawa kerentanan ini telah ditampal dan pengguna yang menstrim audio keluar telah diharamkan dari platform.

Sebelum ini isu mengenai privasi dan sekuriti Clubhouse telah dipersoalkan penyelidik dari Stanford Internet Observatory kerana mereka menggunakan perkhidmatan dari Agora Inc yang berpangkalan di China. Audio dari pengguna global perlu melalui pelayar yang terletak di China menimbulkan kebimbangan ia boleh diintip dengan identiti pengguna didedahkan.

Isu ini serius memandangkan ramai pengguna di China, Hong Kong dan Taiwan membincangkan isu pro-demokrasi. Ini antara sebab mengapa Clubhouse telah mula dihalang di China.

Sumber : amanz.my

By neto

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.