Posts From hasnan

Belajar Photoshop Cara Mudah

Jun 9, 2020 0

Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera… Tujuan aku membuat blog ini adalah untuk berkongsi ilmu mengenai perisian rekaan grafik yang banyak orang guna sekarang ni iaitu Adobe

Menaikkan Warna Gambar dalam Photoshop – Hue & Saturation

Jun 9, 2020 0

Kadang-kadang warna pada gambar yang kita ambil tak berapa jelas. Tak jadi masalah untuk kita jelaskan lagi warnanya dalam Photoshop dengan menggunakan kaedah Hue &

Kod Sumber Command & Conquer Remastered Kini di kongsi kepada umum

Jun 9, 2020 0

Kepada para pengemar pemainan stratigi nyata command & Conquer pasti menantikan kemunculan semula permainan ini yang pernah populer sekitar awal 2000 ini . Pemainan lama

Yayasan HP Sumbang RM2.17 juta bagi Menyokong Malaysia Menentang COVID-19

Mei 14, 2020 0

Kuala Lumpur, 14 Mei 2020 – Yayasan HP telah menyumbang RM2.17 juta (USD 500,000) bagi membantu menjayakan Pelan Kesiapsiagaan dan Respons Strategik Covid-19 Mercy Malaysia dalam

COVID-19: Planetarium Negara ditutup sementara

Mac 16, 2020 0

KUALA LUMPUR, 16 Mac - Pusat Sains Negara dan Planetarium Negara ditutup sementara kepada orang ramai, mulai hari ini.

Tindakan dilakukan susulan penularan wabak COVID-19 itu diumumkan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Khairy Jamaluddin, menerusi akaun Facebooknya.

Jelas Khairy, penutupan kedua-dua lokasi itu akan dilakukan sehingga suatu tarikh yang akan diumumkan kelak.

 

‘Fasih Digital’ dipilih tema sambutan Hari Keselamatan Internet 2020 – Edisi Malaysia yang disambut hari ini

Februari 12, 2020 0

PUTRAJAYA, 11 Feb - Konsep 5K diperkenal menerusi tema "Fasih Digital" yang dipilih sempena sambutan Hari Keselamatan Internet 2020 - edisi Malaysia yang disambut hari ini.

Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Eddin Syazlee Shith berkata Kesedaran Siber, Komunikasi, Pemikiran Kritis, Kreatif dan Kerjasama merupakan elemen yang perlu diterapkan bagi melahirkan warga digital yang kompeten, beretika dan positif.

Datuk Eddin Syazlee berucap sempena Hari Keselamatan Internet 2020 - edisi Malaysia di Putrajaya.

 

 

Kedah negeri kedua selepas Pulau Pinang, sedia kemudahan perpustakaan digital

Februari 3, 2020 0

 

ALOR SETAR, 3 Feb - Kedah muncul negeri kedua selepas Pulau Pinang dalam penyediaan kemudahan perpustakaan awam digital kepada rakyat.

Perpustakaan Digital Kedah akan beroperasi Oktober tahun ini bagi memudahkan orang ramai mengakses bahan bacaan dalam talian.

Ahli Lembaga Pengarah Perbadanan Perpustakaan Awam Kedah, Datuk Isahak Murat berkata, 'Kedah Digital Library' merupakan satu pencapaian yang memberi manfaat kepada masyarakat.

"Melihat kepada keperluan, kita nak bergerak ke arah ekonomi digital, masyarakat kita perlu dilatih dibuka peluang ke arah itu. Jadi, melalui Kedah Digital Library ini kerajaan negeri berharap masyarakat daripada keluarga kurang berada dapat akses kepada dunia digital," katanya kepada media.

Perpustakaan Digital Kedah berkonsepkan perpustakaan di dalam taman, menggunakan bangunan lama yang diubah suai di Taman Jubli Perak, Alor Setar.

Geran Pendigitalan SME 2020 Dan Kesan Terhadap Startup Malaysia

Januari 20, 2020 0

Dalam Belanjawan 2020 yang diumumkan tahun lalu, antara insentif yang menjadi perhatian adalah Geran Pendigitalan SME. Ini memang langkah yang bijak daripada kerajaan untuk memperkasakan

Peranti Penyelamat Nyawa (AED) di kawasan awam akan ditambah

Januari 20, 2020 0

IPOH - Perak bercadang menambah Peranti Penyelamat Nyawa (AED) untuk ditempatkan di kawasan awam di seluruh negeri itu. 

AED dapat membantu dalam mengurangkan risiko kematian manusia yang mengalami masalah jantung terhenti atau menghadapi serangan jantung dan pengsan di kawasan awam.

Exco Pembangunan Belia dan Sukan Perak, Howard Lee Chuan How berkata, setakat ini, empat AED telah dipasang di tempat tumpuan awam sekitar Ipoh, iaitu di Taman Rekreasi Sultan Abdul Aziz (Padang Polo), Taman Rekreasi Dr Seenivasagam, Pusat Akuatik Tuanku Zara dan Padang Ipoh.

"Kita menyasarkan dalam tempoh yang singkat akan meningkatkan 10 lokasi lagi juga di Ipoh antara sasaran lokasi adalah di Bukit Kledang dan banyak lagi. Jadi setakat ini kita mula dengan empat tempat terlebih dulu. Ini adalah permulaan kepada agenda kerajaan negeri bekerjasama dengan persatuan-persatuan perubatan untuk memastikan bukan sahaja kita ada kelengkapan yang diperlukan tetapi juga memupuk kesedaran rakyat," katanya kepada media.

Beliau terdahulu, merasmikan program AED Safe A Life dan Latihan CPR AED di Pusat Akuatik Tuanku Zara di Ipoh.

AED merupakan alat elektronik yang berfungsi untuk memaklumkan penyelamat keadaan ritma jantung mangsa yang tidak sedarkan diri dan berupaya memberikan renjatan elektrikal apabila diperlukan.

Langkawi menjadi lokasi pertama pelaksanaan Projek Demonstrasi 5G (5GDP)

Januari 19, 2020 0

LANGKAWI - Langkawi sekali lagi mencipta sejarah apabila dipilih menjadi lokasi pertama pelaksanaan Projek Demonstrasi 5G (5GDP).

Pelaksanaannya di bawah Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) itu, memakan masa selama enam bulan sejak diputuskan pada Oktober tahun lalu.

Menurut Pengarah Kanan Bahagian Teknologi dan Standard MCMC, Dr. Ahmad Nasruddin 'Atiqullah Fakrullah, lapan buah syarikat telekomunikasi komited menjalankan 5GDP dengan pelaburan RM143 juta.

"Apa yang kita ketengahkan ataupun kita ingin experience melalui teknologi 5G ialah dari sudut use cases. Use cases ini dia bukan semata-mata tentang penggunaan telefon. Kita ketengahkan dari segi aplikasi-aplikasi ini boleh digunakan merentasi beberapa vertikal atau kita panggil industri vertikal," katanya kepada media.

Beliau menjelaskan perkara itu di 5G Command Centre (5GCC), Pejabat Daerah Langkawi.

Teknologi 5G dipadankan dengan sembilan vertikal iaitu industri pertanian, kesihatan, hiburan dan media, pendidikan, pembuatan, minyak dan gas, bandar pintar, industri pengangkutan serta industri pelancongan.

Beliau menambah, dengan keupayaan teknologi 5G, kadar internet juga berkelajuan tinggi sehingga 10 kali ganda berbanding teknologi 4G sedia ada.

"Faedah daripada teknologi 5G ini juga kita dapat tengok di mana vertikal-vertikal ekonomi dapat memanfaatkan teknologi 5G untuk kegunaan mereka. Dan meningkatkan produktiviti sebagai contoh end of the day to improve kualiti kehidupan atau quality of life," tambahnya.

1 2 3 151