TechSemut Malaysia

Autonomous Rail Rapid Transit (ART) Dilancarkan Di China – Keretapi Tanpa Rel Dengan Pemanduan Automatik

Autonomous Rail Rapid Transit (ART) Dilancarkan Di China – Keretapi Tanpa Rel Dengan Pemanduan Automatik

Autonomous Rail Rapid Transit (ART) Dilancarkan Di China – Keretapi Tanpa Rel Dengan Pemanduan Automatik
Jun 07
06:41 2017

Di Pulau Pinang terdapat perancangan untuk mengembalikan sistem trem yang beroperasi dari 1906 sehingga 1963. Namun terdapat tentangan kerana ia memerlukan rel kereta api dipasang pada permukaan jalan raya dan ini akan menambah kepada kesesakan jalan raya di pulau mutiara. Mungkin kerjaan Pulau Pinang boleh menggunakan sistem baru Autonomous Rail Rapid Transit (ART) yang diperlihatkan di China semalam.

ART ialah pengangkutan awam yang menggabungkan kereta api, bas dan trem dengan kemampuan pemanduan automatik. Gerabak ART tidak memerlukan rel kereta api untuk beroperasi. Ia menggunakan roda bas biasa dan hanya memerlukan tanda jalan khas untuk memastikan ia bergerak dengan betul. Sistem ini dibangunkan oleh syarikat CRRC yang  menghasilkan kereta api KTM Intercity di Malaysia.

Seperti kereta api, gerabak ART boleh ditambah mengikut keperluan dengan kapasiti sehingga 309 orang penumpang. Ia mampu bergerak pada kelajuan 70 kilometer sejam dan seorang pemandu boleh ditugaskan memandu bagi meningkatkan keselamatan ketika beroperasi.

Pada waktu yang sama ia menggunakan kuasa elektrik sepenuhnya bagi mengurangkan pencemaran. Pengecasan selama 10 minit boleh memberikan jarak operasi sehingga 24 Kilometer. Pihak CRRC berharap ART akan dapat memulakan operasi pada tahun 2018.

Sumber : amanz.my

Related Articles

0 Comments

No Comments Yet!

There are no comments at the moment, do you want to add one?

Write a comment

Write a Comment

Your email address will not be published.
Required fields are marked *

CAPTCHA

*

Facebook Auto Publish Powered By : XYZScripts.com