Berita Menarik

Avira Free Software Updater – Menyemak Versi Baru Untuk Perisian Pada Komputer Anda

Pembaca : 9
0 0

Pada peranti mudah-alih, proses mengemaskini sesuatu aplikasi adalah sangat mudah kerana semuanya didapati daripada kedai aplikasi. Walaubagaimanapun, pada komputer hal berkenaan adalah sedikit sukar.

Untuk memudahkan proses berkenaan, terdapat beberapa perisian yang membantu, dan salah satunya adalah Avira Free Software Updater.

Avira Free Software Updater

Melalui Avira Free Software Updater, ia akan mengimbas komputer anda sebaik sahaja selesai memasang perisian berkenaan – dan menyenaraikan pelbagai perisian dengan versi lama pada komputer anda.

Sekiranya terdapat sebarang versi baru untuk sesuatu perisian, ia akan memaparkan notifikasi. Untuk versi percuma, anda tidak boleh melakukan kemaskini secara automatik, dan perlu melakukannya secara manual. Tetapi, sekiranya anda mendapatkan versi berbayar pada harga RM85, proses berkenaan akan dilakukan secara automatik pada latar.

Bagi kami sendiri, kami menggunakan perisian ini untuk menyemak kemaskini versi baru yang terdapat dipasaran – dan seterusnya melakukan naik-taraf secara manual.

Langkah mengemaskini perisian kepada versi baru adalah sangat penting – kerana terdapat beberapa perisian yang menambah-baik kerentanan sekuriti mereka.

Bagi anda sendiri, bagaimana anda memastikan komputer anda mempunyai perisian versi terkini?

Muat-Turun Avira Free Software Updater

Sumber : amanz.my

Happy
Happy
0 %
Sad
Sad
0 %
Excited
Excited
0 %
Sleepy
Sleepy
0 %
Angry
Angry
0 %
Surprise
Surprise
0 %

Average Rating

5 Star
0%
4 Star
0%
3 Star
0%
2 Star
0%
1 Star
0%

Tinggalkan Balasan

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.