Axiata Akan Meneruskan Kerjasama Dengan Pihak Huawei – Merancang Pengenalan Rangkaian 5G Pada 2021

Selain komen daripada Perdana Menteri, pihak Axiata juga kini dilihat telah mengeluarkan komen kepada The Star, mengatakan mereka akan meneruskan kerjasama dengan pihak Huawei.

Axiata mengatakan mereka masih bekerjasama dengan pihak Huawei untuk Hab Inovasi 5G di ibu pejabat Celcom. Walaubagaimanapun, buat masa ini, Axiata masih belum memilih rakan kerjasama penuh untuk pengenalan rangkaian 5G kelak.

Halangan perdagangan di Amerika Syarikat terhadap Huawei ini tidak memberikan sebarang impak dari segi penawaran produk rangkaian mereka buat masa ini, dan ia dikatakan Huawei mempunyai penawaran yang mencukupi untuk setahun akan datang.

Pada masa yang sama, pihak Axiata turut mengatakan mereka menyasarkan untuk memperkenalkan rangkaian 5G secara meluas pada 2021 kelak.

Sumber : amanz.my

Write a Comment

view all comments

*

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.