Ayam CEMANI

Pernahkah anda melihat ayam hitam? Bukan sahaja bulunya hitam, daging, paruh, taji, malah keseluruhan organ termasuk organ dalaman juga hitam. Hati pun hitam!

Image result for ayam cemani

Apakah yang menyebabkan keadaan ini?

AYAM CEMANI

Ayam hitam digelar ayam cemani sempena nama di Kepulauan Jawa dimana baka ayam ini mula-mula dijumpai. Ia juga digelar ayam Kadakhnath, suatu tempat di India dimana ayam ini juga banyak dijumpai.

Ayam cemani biasanya lebih mahal dari ayam biasa. Ia dipercayai mempunyai khasiat tertentu dan dipercayai mempunyai kuasa mistik.

Ayam cemani sebenarnya mengalami mutasi genetik yang menyebabkan penghasilan dan pengumpulan pigmen melanin yang tinggi dalam tubuh mereka. Ia digelar hiperpigmentasi.

GENETIK AYAM CEMANI

Ayam cemani mengalami keadaan fibromelanosis dimana kehadiran sel-sel penghasil pigmen melanin, melanosit, terdapat lebih banyak dari normal. Ini menyebabkan bukan sahaja kulit, dan bulu ayam ini berwarna gelap, malahtulang dan organ dalaman juga kehitaman.

Keadaan ini dilaporkan kerana ayam cemani mempunyai duplikasi pada gen yang mengekodkan endothelin 3 (EDN3). Gen ini mempunyai fungsi dalam mengaruh pembahagian sel melanosit.

EDN3 adalah gen yang mengawal pergerakan sel-sel neural crest dan pembahagian sel ketika pembentukan embrio. Sel-sel neural crest adalah sel pluripotent yang akan membentuk sel seperti sel malanoblast, sel stem yang menghasilkan melanosit. Sel-sel melanosit ini seterusnya akan menghasilkan melanin.

Amaun EDN3 pada ayam hitam dilaporkan dua kali ganda lebih tinggi dari ayam biasa ketika hari ke-18 embriogenesis.

Keadaan hiperpigmentasi ini sebenarnya bukan hanya berlaku pada ayam cemani, ia juga berlaku pada haiwan lain seperti kucing, arnab, lembu dan juga manusia.

Image result for ayam cemani

Jadi, tiada apa yang mistik pada ayam cemani. Hanya keunikan genetik sahaja.

RUJUKAN

Dharmayanthi, A. B., Terai, Y., Sulandari, S., Zein, M. S. A., Akiyama, T., & Satta, Y. (2017). The origin and evolution of fibromelanosis in domesticated chickens: Genomic comparison of Indonesian Cemani and Chinese Silkie breeds. PLoS ONE, 12(4), e0173147.

Ben Dorshorst, Anna-Maja Molin, Carl-Johan Rubin, Anna M. Johansson, Lina Strömstedt, Manh-Hung Pham, Chih-Feng Chen, Finn Hallböök, Chris Ashwell, Leif Andersson. A Complex Genomic Rearrangement Involving the Endothelin 3 Locus Causes Dermal Hyperpigmentation in the Chicken. PLoS Genetics, 2011; 7 (12): e1002412

Arora, S.K. Mishra, B. Nautiyal, S.O. Pratap, A. Gupta, C.K. Beura & D.P. Singh (2012) Genetics of hyperpigmentation associated with the Fibromelanosis gene (Fm) and analysis of growth and meat quality traits in crosses of native Indian Kadaknath chickens and non-indigenous breeds, British Poultry Science, 52:6, 675-685

sumber : rootofscience.com

Write a Comment

view all comments

*

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.