Oleh :  

 

Tip kali ini akan menyentuh cara-cara membuat salinan atau backup dengan rsync. Arahan rsync ini membolehkan kita membuat salinan atau backup dalam server yang sama atau secara remote (jarak jauh) ke host atau server yang lain.

rsync

1. Pemasangan ‘rsync’

Pakej ‘rsync’ boleh dipasang dengan arahan:

sudo apt-get install rsync

2. Backup dalam Host yang sama (Local Backup)

Arahan mudah ‘rsync’ adalah:

rsync -av </sumber/> </destinasi/>

Di mana:

  • a – all / recursive – keseluruhan fail dan direktori
  • v – verbose

Katakan kita mahu membuat salinan fail-fail dalam direktori ‘data’ ke direktori yang lain (contohnya: ‘backup’), arahan berikut boleh digunakan:

rync -av /data/ /backup/

Arahan ini akan menyalin segala kandungan fail dan direktori dari sumber (termasuk symbolic link, mengekalkan mode permission, owner dan group) kepada destinasi.  Kandungan fail dan direktori ini akan di synchronize (selaras?) pada direktori destinasi.

Katakan kita jalankan arahan ini pada masa yang lain, segala perubahan dari direktori sumber juga akan diselaraskan pada direktori destinasi.

3. Kegunaan Option “–delete”

Satu lagi option yang penting adalah “–delete”.  Arahan berikut boleh dilakukan:

rsync -av --delete /data/ /backup/

Dengan arahan ini, jika kita menghapuskan sesuatu fail dari direktori sumber, fail-fail atau direktori salinan yang terdapat pada direktori destinasi juga akan turut dihapuskan.

4. Remote Backup dengan rsync

Mahu backup ke host atau server lain pula? Tak jadi masalah.  Pastikan server atau host anda mempunyai SSH.  Begitu juga dengan destinasi server yang kita hendak buat backup, perlu ada SSH client dan SSH server.  SSH atau Secure Shell ini selalunya terpasang secara default.  Jika tiada kita boleh pasang dengan arahan:

sudo apt-get install ssh

sekarang kita boleh buat backup ke server yang lain dengan arahan:

rsync -av --delete ssh -e /sumber/ <akaun>@<alamat-server>:/destinasi/

Contoh:

rsync -av --delete ssh -e /data/ nazri@10.10.10.1:/home/nazri/backup/

Fail-fail dari direktori ‘data’ kini boleh kita selaraskan ke dalam direktori ‘backup’ yang berada di dalam home directory kepunyaan ‘nazri’.

Kita akan diminta untuk memasukkan password bagi akaun ‘nazri’ sebelum proses salinan dijalankan.

Proses ini kita boleh masukkan dalam penjadualan cronjob bagi memudahkan kita membuat backup dengan rsync.  Walau bagaimana pun, ianya agak sukar kerana kita perlu memasukkan password SSH.  Kita akan sentuh bagaimana ianya boleh dilakukan dengan menggunakan public key authentication dengan SSH dalam artikel yang lain.  Selamat maju jaya!

By hasnan

Diploma dalam Sains Komputer (IT) dari UTM Ijazah Sarjana Muda Sains Komputer (IT) dari UKM