Bagaimana Menebus Kredit Dompet Digital RM50 Program e-Penjana?

Sebelum ini, kerajaan telah memperkenalkan Pelan Jana Semula Ekonomi Negara (PENJANA) dalam usaha merangsang dan memulihkan ekonomi negara yang terkesan akibat daripada wabak pandemik COVID-19.  Difahamkan, pelan ini membabitkan peruntukkan sebanyak RM35 billion serta mempunyai tiga teras utama iaitu memperkasa rakyat, melonjak perniagaan dan merangsang ekonomi. Salah satu inisiatif yang diambil di bawah pelan ini adalah pengenalan program kredit e-Penjana.

Apakah Program Kredit e-Penjana?

ePenjana

Program ini melibatkan peruntukan bernilai RM750 juta dan seramai 15 juta rakyat Malaysia akan mendapat manfaat daripada program ini. Kerajaan memberikan kredit dompet digital sebanyak RM50 yang boleh digunakan untuk pembelian melalui dompet digital yang mengambil bahagian. Sebagai tambahan, kredit ini turut dipadankan dengan tambahan RM50 yang tersedia dalam bentuk rebat tunai, baucar atau mata ganjaran sepanjang tempoh program.

Siapakah Penyedia E-Dompet Yang Mengambil Bahagian?

Terdapat tiga penyedia e-dompet terkemuka yang mengambil bahagian iaitu Touch n’ Go, GrabPay dan Boost. Penebusan boleh dibuat bermula hari ini sehingga 24 September 2020. Proses pengesahan untuk penebusan akan mengambil masa sehingga 5 hari sebelum RM50 ini dikreditkan di dalam akaun dompet digital masing-masing.

ePenjana Dompet Digital

Perlu diingatkan, kredit yang berjaya ditebus adalah sah digunakan sehingga 30 September 2020 sahaja. Sebarang baki daripada kredit tersebut yang tidak digunakan melebihi tarikh tersebut, akan dikeluarkan secara automatik dan dikembalikan kepada kerajaan semula. Mesra diingatkan, anda hanya boleh menebus SEKALI SAHAJA menerusi salah satu penyedia dompet digital yang mengambil bahagian.

Apakah Syarat Kelayakan Untuk program kredit e-Penjana?

Bagi melayakkan anda menerima manfaat daripada program ini, terdapat beberapa garis panduan dan syarat kelayakan. Antaranya seperti :

  • Syarat utama, anda mestilah warganegara Malaysia dan berumur tidak kurang 18 tahun pada tahun ini
  • Mempunyai pendapatan tahunan kurang daripada RM100,000 – berdasarkan rekod terkini Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN)
  • Memiliki akaun berdaftar di aplikasi MySejahtera dan akaun aplikasi e-dompet yang mengambil bahagian dengan butiran yang tepat

Bagaimana Cara Untuk Menebus?

Aplikasi 1 – Touch n’ Go e-Wallet

ePenjana TNG

Pada aplikasi ini anda akan menerima kredit RM50 berserta pelbagai promosi dan ganjaran menarik lebih dari RM300. Melaluinya, anda boleh berbelanja di lebih 220,000 rakan kongsi mereka di seluruh negara yang menerima penggunaan Touch ‘n Go eWallet seperti 7-Eleven, Tesco, Watsons dan banyak lagi. Anda juga boleh menggunakannya untuk  pelbagai servis lain seperti pembayaran tol. Cara penebusannya adalah seperti berikut :

  • Langkah 1: Pastikan anda memiliki akaun berdaftar di aplikasi MySejahtera dan kemas kini aplikasi Touch n’ Go e-Wallet dengan versi terkini
  • Langkah 2 : Buka aplikasi → klik pada kotak program e-Penjana di halaman utama aplikasi
  • Langkah 3 : Tandakan (/) pada terma dan syarat → klik butang ‘Claim Now
  • Langkah 4 : Sahkan akaun terlebih dahulu → Lengkapkan butiran yang diperlukan untuk pengesahan → Klik butang ‘Submit’
  • Langkah 5 : Setelah selesai, butiran anda akan diproses dalam tempoh lima (5) hari waktu bekerja. Andai kata berjaya, anda akan menerima satu notifikasi yang menyatakan permohonan anda telah diluluskan.

Untuk terma dan syarat yang lengkap sila ke laman Touch n’ Go

Aplikasi 2 – GrabPay

ePenjana

Pada aplikasi ini pula, anda akan menerima kredit RM50 dan baucar-baucar ekstra Grab bernilai RM50. Melaluinya, anda boleh menggunakan RM50 e-PENJANA untuk apa-apa transaksi dengan aplikasi GrabPay, terutamanya di kedai-kedai fizikal seluruh negara. Akan tetapi, kredit ini tidak boleh dipindah milik ke akaun lain ataupun ditukar kepada wang tunai.

Selain itu, 7,000 orang penebus terawal yang membelanjakan kredit RM50 dan menggunakan sekurang-kurangnya satu perkhidmatan di aplikasi Grab dalam minggu yang sama, turut berpeluang menerima bonus mingguan berupa baucar bernilai RM75. Cara penebusan adalah seperti berikut :

  • Langkah 1: Pastikan anda memiliki akaun berdaftar di aplikasi MySejahtera & kemas kini aplikasi Grab dengan versi terkini
  • Langkah 2 : Buka aplikasi → klik pada kotak program e-Penjana di halaman utama aplikasi
  • Langkah 3 : Kemudian, klik butang ‘Next’
  • Langkah 4 : Lengkapkan butiran yang diperlukan untuk pengesahan –
  • Langkah 5 : Butiran anda akan diperiksa dan diproses dalam tempoh lima (5) hari waktu bekerja

Untuk terma dan syarat yang lengkap sila ke laman GrabPay

Aplikasi 3 – Boost

ePenjana

Penyedia e-dompet ketiga adalah Boost. Tebus e-Penjana RM50 dengan Boost untuk menikmati ganjaran tambahan bernilai lebih daripada RM80. Pada masa sama, anda juga berpeluang memenangi pelbagai hadiah menarik lain. Tinjaun kami menerusi FAQ, anda boleh menggunakan kredit RM50 yang diberikan untuk sebarang transasksi termasuk pembayaran secara dalam atau luar talian, tambah nilai prabayar, membeli baucar dan banyak lagi.

Pun begitu, kredit ini tidak boleh digunakan untuk fungsi derma pada aplikasi. Selain itu, ia juga tidak boleh dipindahkan ke akaun e-dompet lain ataupun ditukar menjadi wang tunai. Cara penebusan adalah seperti berikut :

  • Langkah 1 : Pastikan anda memiliki akaun berdaftar di aplikasi MySejahtera
  • Langkah 2 : Buka aplikasi → klik pada kotak insiatif e-Penjana di halaman utama aplikasi
  • Langkah 3 : Klik pada kotak ‘RM50 ePENJANA’ → anda perlu sahkan butiran akaun terlebih dahulu  (termasuk nama penuh & kad pengenalan)
  • Langkah 5 : Setelah selesai, maklumat yang diberikan akan diproses dalam tempoh lima (5) hari masa bekerja.

Untuk terma dan syarat yang lengkap sila ke laman Boost

Akhir kata, pelaksanaan e-Penjana bukan sahaja bantu merancakkan lagi perbelanjaan di kalangan pengguna. Bahkan, ia juga dilihat mengiktiraf aplikasi MySejahtera, Touch ‘n Go eWallet, GrabPay dan Boost. Menurut Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata pengenalan e-penjana juga adalah salah satu usaha dalam menggalakan pembayaran nirtunai, dan pada masa yang sama mengalakkan penggunaan kaedah pemmbayaran nirtunai di kedai-kedai seluruh negara.

Sumber : amanz.my

Write a Comment

view all comments

*