TechSemut Malaysia

Bagaimana minyak mentah di proses?

Bagaimana minyak mentah di proses?

Bagaimana minyak mentah di proses?
Januari 26
14:56 2017

Screen Shot 2016-07-30 at 2.39.54 PM

Dalam dokumentari discovery channel ataupun National Geographic, kita dapati petroleum yang keluar dari bumi berwarna hitam dan pekat, tetapi apabila mengisi minyak di Petronas, warnanya bukan lagi hitam pekat sebaliknya cerah dan jernih? Apa berlaku?

Minyak mentah adalah minyak yang belum diproses dan ia berwarna hitam pekat. Ia terbentuk dari hidupan-hidupan laut yang mati berjuta tahun lepas. Minyak mentah terdiri daripada 84% karbon dan 14% hydrogen. Manakala sulfur, nitrogen, oksigen, besi dan garam masing-masing terdiri daripada 1%.

Minyak mentah menjadi sumber utama kepada hydrokarbon. Hydrokarbon ialah molekul yang terdiri daripada Hydrogen dan karbon. Ia menjadi sumber bahan bakar pada enjin kenderaan. Hydrokarbon terdiri daripadai pelbagai bentuk samada gas, cecair ataupun pepejal. Kelas-kelas hydrokarbon yang utama ialah Paraffins atau dikenali juga sebagai Alkane, Alkene, Aromatics, Napthene dll.

Minyak mentah terdiri daripada beratus-ratus rantaian hydrokarbon didalamnya. Ia perlu diasingkan untuk kegunaan tertentu. Sebagai contoh gas petroleum boleh digunakan untuk memasak. Gasolin pula digunakan sebagai bahan bakar kepada enjin kenderaan. Pengasingan hydrokarbon ini dikenali sebagai “oil refining” ataupun penapisan minyak. Proses yang diperlukan ketika oil refining dikenali sebagai “fractional distillation“. Apakah itu fractional distillation?

Gas, Gasolin dll hydrokarbon dalam minyak mentah mempunyai takat didih yang berbeza-beza. Contohnya gas petroleum akan mendidih pada suhu 40 darjah selsius. Kerosene pula mendidih pada suhu 70 darjah selsius dan seterusnya.

Justeru, kaedah “fractional distillation” digunakan untuk mengasingkan hydrokarbon-hyrokarbon tadi daripada minyak mentah. Minyak mentah akan dipanaskan pada suhu 600 darjah selsius dan akan menyebabkannya menyejat. Gas-gas yang menyejat akan ditukar kepada cecair apabila proses kondensasi berlaku. Daripada proses kondensasi inilah, hydrokarbon yang berbeza tadi dipisahkan kepada gasolin, diesel, kerosene, lubricating oill dll.

Gasolin

Gasolin adalah sejenis hydrocarbon. Apabila dibakar dengan oksigen yang mencukupi (complete combustion), Karbon Dioksida, haba dan air dihasilkan. Gasolin sangat penting pada hidup manusia sepenting darah dalam tubuh, atau ekonomi pada sebuah negara.

Gasolin boleh diperolehi dari minyak mentah. Minyak mentah yang berwarna hitam akan dikeluarkan dari bawah tanah dan dikenali sebagai petroleum. Petroleum mengandungi kepanjangan chain / rantaian hydrocarbon yang berbeza. Kepanjangan yang berbeza akan memberikan hydrocarbon ciri-ciri yang berbeza. Contohnya methane, mempunyai 1 elemen Carbon, ethane mempunyai 2 elemen Carbon dsb. Methane ialah hydrocarbon yang paling ringan dan dia adalah gas yang ringan seperti helium. Apabila chain semakin panjang, hydrocarbon menjadi semakin berat, dan sifat-sifatnya juga akan berbeza. 4 rantaian yang pertama iaitu Methane, ethane, propane dan butane adalah dalam bentuk gas.

Carbon C = 5 sehingga C = 19 adalah hydrocarbon dalam bentuk cecair, dan lebih daripada itu dalam bentuk pepejal. Naphtas mempunyai bilangan dari C = 5 sehingga C = 7. Gasolin mempunyai bilangan dari C = 7 sehingga C = 11. Kerosene mempunyai bilangan dari C = 12 sehingga C = 15 dsb. Bilangan rantaian di atas 20 adalah paraffin wax, dan kemudian asphaltic bitumen. Semua elemen ini datangnya dari minyak mentah, dan perbezaan yang ada pada mereka hanyalah bilangan Carbon dan hydrogen yang ada.

Diesel

Gasolin dan diesel mempunyai banyak perbezaan malah bau sahaja sudah berbeza. Antara perbezaan -perbezaan diesel dan Gasolin ialah :

Pertama – Diesel mempunyai molecular weight yang lebih berat dari Gasolin disebabkan rantaian karbonnya yang lebih panjang (Gasolin C9 H20 , Diesel C14 H30). Disebabkan itu, diesel menyejat lebih perlahan dari gasolin.

Kedua – Diesel juga lebih murah kerana proses untuk menapisnya lebih mudah dari gasolin.

Ketiga – Diesel juga lebih tumpat dan mempunyai kadar tenaga yang lebih banyak dari gasolin. 1 gelen (3.8 L) diesel dapat menghasilkan tenaga sebanyak 155×106 joule manakala 1 gelen gasolin akan menghasilkan tenaga sebanyak 132×106 joule. Inilah sebabnya kenapa enjin menggunakan diesel dapat pergi lebih jauh berbanding enjin gasolin.

Diesel banyak digunakan pada keretapi, bas sekolah, bot, cranes, power generator, dan juga kenderaan pertanian. Fikirkan betapa besarnya sumbangan diesel pada dunia industri seandainya jentera pertanian, dan jentolak-jentolak perlu bergantung pada gasolin yang mempunyai kadar tenaga yang lebih rendah. Pada isipadu yang sama dan harga yang lebih mahal kebergantungan industri pada gasolin pasti membebankan. Kebanyakan pengangkutan kargo (sekitar 94%) samada kapal-kapal, lori trak, ataupun keretapi bergantung pada diesel.

Dari segi keselamatan alam sekitar, diesel mempunyai manfaat dan kekurangan. Manfaat diesel ialah – diesel mengeluarkan sedikit gas karbon monoksida, hydrokarbon dan karbon dioksida (gas-gas penyumbang pemanasan global). Kekurangan diesel ialah – pembakaran diesel mengeluarkan sebatian nitrogen, dan jelaga yang menyumbang kepada hujan asid.

Biodesel

Permintaan yang tinggi terhadap bahan mentah terutama gasolin menyebabkan sumber tersebut berkurangan. Sebagai alternatif, saintis telah menghasilkan sumber minyak biodesel. Biodesel ialah minyak yang diekstrak dari tumbuhan dan juga lemak-lemak haiwan. Contoh jenis tumbuhan yang digunakan ialah – kelapa sawit, canola, soya, dan bunga matahari. Malah biodesel juga boleh diambil dari minyak masak yang telah digunakan.

Biodesel mengandungi lemak / triaglycerol di dalamnya. Triaglycerol ini terdiri daripada karbon, hydrogen dan oksigen atom yang diikat mengikut pattern tertentu. Bentuk ikatan triaglycerol ini berbentuk “E” yang berposisi vertikal seperti pada rajah.

Triaglycerol tidak ditambah secara terus kepada diesel asal. Ia perlu diubahsuai dengan proses tertentu supaya selamat digunakan pada enjin kenderaan. Proses yang dimaksudkan ialah transesterification.

Dalam proses ini lemak ataupun minyak tumbuhan akan ditapis dan dibiarkan bertindak balas dengan alkohol (biasanya methanol dan ethanol) dengan kehadiran katalis Potassium Hydroxide, KOH ataupun Sodium Hydroxide, NaOH. Proses ini menyebabkan triaglycerol berubah menjadi ester dan glycerol. Ester yang terhasil itulah yang dikenali sebagai biodesel.

Biodesel akan menjadi bahan penambah (additive) kepada diesel sedia ada. Kandungan biodesel di dalam diesel diukur menggunakan singkatan Bxx dimana xx adalah peratus biodesel yang diletakkan pada diesel asal. Biasanya nisbah B20 ataupun 20 % sehingga 80% diletakkan pada diesel asal. Jika nisbah B100 ini bermakna ianya adalah 100% terdiri daripada biodesel.

Kerja-kerja plagiat tanpa memberikan kredit kepada sumber adalah suatu tindakan yang tidak bertanggungjawab dan menyalahi hak cipta dan kreativiti seseorang.

Related Articles

0 Comments

No Comments Yet!

There are no comments at the moment, do you want to add one?

Write a comment

Write a Comment

Your email address will not be published.
Required fields are marked *

CAPTCHA

*

Facebook Auto Publish Powered By : XYZScripts.com