Bagaimana Tumbuhan Berevolusi Menjadikan Semut Sebagai Hamba

Artikel asal telah disunting untuk kesesuaian pembaca

Nota: [Berikut merupakan ringkasan jurnal oleh penyelidik Field Museum berjudul Ant–plant interactions evolved through increasing interdependence yang diterbitkan dalam Proceedings of the National Academy of Sciences pada tahun 2018

Interaksi Semut & Tumbushan

ABSTRAK
Tumbuhan berevolusi dengan objektif untuk menjadikan semut sebagai benteng pertahanan dari serangan luar dan juga menyebarkan biji benih. Kajian terbaru menjelaskan bagaimana keadaan ini boleh berlaku. Kajian ini merungkaikan sejarah 1700 spesis semut dan 10000 jenis tumbuhan. Penyelidik mendapati sejarah panjang evolusi bersama diantara tumbuhan dan semut bermula apabila semut mencari makan di atas tumbuhan dan tumbuhan pula bertindak balas berevolusi dengan mengembangkan ciri-ciri mesra semut.

Secara skeptikal kita menganggap tumbuhan adalah membosankan. Ia hanya melakukan proses fotosintesis sahaja. Mungkin sebelum ini kita boleh beranggapan sedemikian, namun kini tidak lagi. Ciri-ciri pada tumbuhan telah mengalami evolusi bagi membolehkan ia menarik perhatian semut, misalannya seperti penghasilan nektar sebagai makanan serangga / semut dan duri berongga untuk mereka berlindung. Sebagai ganti, tumbuhan menjadikan semut sebagai benteng pertahanan dari serangan luar dan juga menyebarkan biji benih. Kajian oleh Proceedings of the National Academy of Sciences mengupas mengenai hubungan Evolusi Tumbuhan Semut secara mendalam.

Kajian Penyelidik Field Museum tertumpu kepada evolusi interaksi diantara organisma. Namun mereka tidak pasti bagaimana evolusi interaksi diantara semut dan tumbuhan bermula. Adakah evolusi interaksi bermula dengan semut membangunkan tingkah laku untuk mendapatkan manfaat dari tumbuhan atau sebaliknya.

Maka, Penyelidik ini telah mengkaji data DNA dan Ekologi yang banyak dalam usaha untuk menentukan sejarah awal evolusi interaksi semut-tumbuhan. Mereka cuba menghubungkan tingkah laku semut dan perubahan struktur fizikal tumbuhan untuk menentukan bila semut mula mencari makanan dan tinggal di atas tumbuhan serta bila tumbuhan mula mengubah struktur fizikal dengan ciri mesra semut.

Proses Ancestral State Reconstruction telah digunakan untuk memetakan sejarah evolusi interaksi semut-tumbuhan. Data diperolehi menunjukkan semut yang memulakan interaksi dengan menjadikan tumbuhan sebagai sumber makanan dan habitat. Penulis juga bersetuju dengan keputusan kajian yang diperolehi penyelidik Field Museum. Ini kerana pada pendapat penulis, mustahil tumbuhan mampu membangunkan struktur fizikal dengan ciri mesra organisma khusus (semut), melainkan organisma (semut) itu telah melakukan interaksi dengan tumbuhan, dalam konteks ini semut menjadikan tumbuhan sebagai habitat dan sumber makanan. (Hujah ini tidak terpakai untuk tumbuhan karnivor)

Walaupun berlakunya interaksi evolusi positif diantara semut-tumbuhan, para penyelidik mendapati tiada perbezaan ketara dari sifat fizikal atau kadar pertumbuhan semut diantara kumpulan semut yang menjalinkan interaksi dengan tumbuhan dan kumpulan semut yang tidak menjalinkan interaksi dengan tumbuhan. Maka kajian mereka ini penting kerana memberikan gambaran tentang bagaimana interaksi yang meluas dan kompleks ini berkembang.

Kredit Foto :
mymecos
parasiteecology

16total visits,1visits today

sumber asal : www.majalahsains.com

Write a Comment

view all comments

*

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.