TechSemut Malaysia

Bagus ke Katil Urut Haba ni?

Bagus ke Katil Urut Haba ni?

Bagus ke Katil Urut Haba ni?
Ogos 29
21:50 2017

Penggunaan thermal message bed(katil urut haba) mula dipopularkan pada awal tahun 1990-an daripada Korea. Pelbagai jenis yang dipasarkan, termasuklah yang menggunakan batu jed. Ianya turut melibatkan amalan chiropractic, sejenis rawatan alternatif yang melibatkan manipulasi tulang belakang kerana pada pendapat mereka, semua penyakit berasal daripada tulang belakang.

Beberapa produk yang dijual di Malaysia pula tambah aduk lebih daripada itu, iaitu dengan menyatakan produk mereka disertakan dengan infrared untuk menyembuhkan penyakit.

Pelbagai kajian telah dijalankan untuk menilai tahap keberkesanan thermal message bed ini. Majoriti kajian telah menunjukkan perubahan yang ketara dari paras level hormone cortisol dalam badan. Hormone ini penting dalam regulasi ‘stress’ dalam kehidupan seharian manusia. Ianya juga turut memainkan peranan dalam proses keradangan dalam setiap proses semulajadi dalam tubuh badan manusia.

Kajian juga telah mendapati hasil daripada penurunan paras level hormone cortisol ini juga, beberapa proses lain antaranya sistem pencernaan, sistem darah dan sistem jantung mengepam darah ke seluruh tubuh badan turut mempunyai kesan. Ianya saling tidak ubah seperti ubat yang digunakan untuk mereka yang mempunyai penyakit jantung seperti nitroglycerin(nitrates) kerana ubat tersebut turut menyebabkan salur darah menjadi lebih besar dan dalam keadaan ‘relax’. Ini sekaligus dapat mengurangkan bebanan yang dihadapi oleh jantung untuk mengepam dan ianya tidak berkerja dengan terlalu teruk.

Namun begitu, tiada bukti mahupun data yang menunjukkan ianya dapat MENYEMBUHKAN penyakit. Kerana sebaik selesai sahaja anda guna thermal message bed tersebut, paras hormone cortisol kembali kepada paras yang sebelumnya.

Sebab itu lah kesan kebaikan jangkamasa panjang penggunaannya tidak dapat dinilai. Biasanya setiap sesi, anda akan baring selama 30 minit. Sebab itu ramai penjual akan lebih berminat supaya anda MEMBELI katil tersebut terus yang boleh menelan kos melebihi 15 RIBU ringgit. Ianya sering disogok kepada ayah dan ibu dikampung yang sering mengalami masalah penyakit kronik dan tulang.

Tiada masalah sekiranya anda berminat untuk menggunakan thermal message bed tersebut sebagai ikhtiar SEIRING dengan rawatan hospital. Memang rasa segar dan seronok selepas menggunakannya. Akan tetapi untuk ianya menyembuhkan penyakit seperti stroke(angin ahmar), ianya adalah tidak tepat dan tiada kajian klinikal mahupun fakta yang menyokong dakwaan tersebut. Proses rehabilitasi melalui aktiviti terapi fisio lebih penting dan memberikan kesan.

Segala dakwaan tuntutan perubatan yang menyatakan ianya turut juga dapat menyembuhkan pelbagai jenis penyakit seperti barah, sakit jantung, ketumbuhan, masalah wanita/kesuburan, kencing manis dan darah tinggi juga tidak berasaskan mana-mana kajian mahupun bukti kukuh.

Rujukan:

The Effects of Heat and Massage Application on Autonomic Nervous System Young-Hee Lee, Bit Na Ri Park, and Sung Hoon Kim. 2011

Moraska A, Pollini RA, Boulanger K, Brooks MZ, Teitlebaum L. Physiological adjustments to stress measures following massage therapy: a review of the literature. Evid Based Complement Alternat Med. 2010;7:409–418

Diego MA, Field T. Moderate pressure massage elicits a parasympathetic nervous system response. Int J Neurosci. 2009;119:630–638

Parati G, Saul JP, Di Rienzo M, Mancia G. Spectral analysis of blood pressure and heart rate variability in evaluating cardiovascular regulation. A critical appraisal. Hypertension. 1995;25:1276–1286

Montano N, Ruscone TG, Porta A, Lombardi F, Pagani M, Malliani A. Power spectrum analysis of heart rate variability to assess the changes in sympathovagal balance during graded orthostatic tilt. Circulation. 1994;90:1826–1831

Vardas P, Kochiadakis G, Orfanakis A, Kalaitzakis M, Manios E. Intraindividual reproducibility of heart rate variability before and during postural tilt in patients with syncope of unknown origin. Pacing Clin Electrophysiol. 1994;17:2207–2210

Zimmermann KP, Monga TN, Darouiche RO, Lawrence SA. Post-stroke autonomic nervous system function: palmar sympathetic skin responses thirty or more days after cerebrovascular accident. Arch Phys Med Rehabil. 1995;76:250–256

sumber : rootofscience.com

Related Articles

0 Comments

No Comments Yet!

There are no comments at the moment, do you want to add one?

Write a comment

Write a Comment

Your email address will not be published.
Required fields are marked *

CAPTCHA

*

Facebook Auto Publish Powered By : XYZScripts.com