Logo Bahasa R
Logo Bahasa R

Anda mungkin biasa mendengar pahasa pengaturcaraan seperti c , c++ , java , python , C# , php dan sebagainya . Pernahkah anda mendengar bahasa R ?  bahasa R adalah satu projek sumber terbuka yang di lesenkan di bawah GNU  , Bahasa ini menfokuskan pengaturcaraan keputusan statistik , virtualisasi dan data sains  . Diperkenalkan oleh bekas kakitangan AT & T . Mula Di perkenalkan di New Zealand oleh dua orang prof (Robert gentleman dan rosa ihaka)  universiti untuk pelajar mereka  dan kemudian di majukan oleh  John Chambers dan rakanya dan memberi nama Bahasa S membesar dan berkembang menerusi pembangunan komuniti sehingga terbentuk bahasa R .

R adalah set bersepadu kemudahan perisian untuk manipulasi data, pengiraan dan paparan grafik. ia termasuk pengendalian data yang berkesan dan kemudahan penyimpanan, set pengendali untuk pengiraan pada tatasusunan, dalam matriks tertentu, besar, koheren, koleksi bersepadu alat perantaraan untuk analisis data, kemudahan grafik untuk analisis data dan paparan sama ada pada skrin atau pada salinan keras, dan yang maju, bahasa pengaturcaraan yang mudah dan berkesan yang merangkumi Syarat yang, gelung, fungsi rekursi ditetapkan pengguna dan kemudahan input dan output.

bahasa C++ dan Fortran boleh di sambungkan dengan bahasa R yang di namakan sebagai ‘run time’ .

Malah dilaporkan oleh fossbytes , syarikat-syarikat besar seperti google dan microsoft kini berminat untuk menyertai projek ini secara bersama untuk membangunkan dan membesarkan lagi kebolehan bahasa ini . Bahasa R ini selain di lihat dapat memberi keputusan yang terperinci dan grafik dia juga amat di perlukan oleh penganalis perniagaan , politik , sains dan sebagainya .  Antara yang telah mengunakan adalah tweeter , Facebook  dan FDA .

Antara Kelebihan bahasa R adalah

1. Analisis data lebih mudah , semua maklumat kini di hujung jari anad

2. Mencipta laporan dan data berbentuk virtual dan menarik

3. Mendapat keputusan yang baik dalam jangkamasa yang singkat.

4. Mengumpul data saintifik seluruh dunia dan melakar dalam bentuk gambarajah .

 

Untuk maklumat lanjut layari http://www.r-project.org/ 

By hasnan

Diploma dalam Sains Komputer (IT) dari UTM Ijazah Sarjana Muda Sains Komputer (IT) dari UKM