Share Button

Orang ramai yang turut mahu mengetahui keadaan banjir di Pulau Pinang boleh melayari laman web terkini dikenali Public InfoBanjir di pautan publicinfobanjir.water.gov.my yang direka khusus memberi maklumat berkaitan banjir secara sistematik dan bersepadu kepada rakyat di seluruh negara sekali gus membolehkan orang ramai membuat persiapan dan tindakan awal menanganinya.

Laman web tersebut dibangunkan Ia memudahkan rakyat mengakses maklumat awal banjir di mana saja dan pada bila-bila masa.

Tujuan laman web berkenaan dibangunkan adalah untuk memberitahu kepada orang ramai sama ada sesuatu kawasan itu berisiko banjir di samping maklumat mengenai paras air sungai beberapa hari sebelum kejadian.

Selain itu, laman web ini mempunyai pautan dengan laman web sosial Twitter dan Facebook yang meluas penggunaannya oleh semua lapisan masyarakat.

Antara informasi yang disalurkan dalam laman web terbabit termasuk pengumuman mutakhir seperti laporan banjir, maklumat penempatan banjir dan bilik gerakan banjir yang disampaikan terus pegawai operasi banjir yang bertugas.

Lagi artikel menarik…

sumber asal : http://theskop.com

By hasnan

Diploma dalam Sains Komputer (IT) dari UTM Ijazah Sarjana Muda Sains Komputer (IT) dari UKM

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.