Bank Negara Malaysia sebelum ini telah menerbitkan beberapa dokumen berkaitan dengan pelaksanaan perbankan digital di Malaysia. Pada masa yang sama, BNM telah mengatakan mereka akan menawarkan sekitar lima lesen untuk bank digital di Malaysia menjelang suku pertama 2022 kelak.

Selari dengannya, BNM telah mula menerima permohonan daripada organisasi yang berminat mendapatkan lesen perbankan digital.

Menurut BNM, sehingga kini, mereka telah menerima sekitar 40 permohonan untuk lesen bank digital. Ini sekaligus memperlihatkan ramai yang berminat untuk menawarkan perkhidmatan perbankan digital di Malaysia.

Melalui perbankan digital, ia dijangka memudahkan pengguna dalam membuka akaun, serta melakukan sejumlah transaksi dan permohonan terus melalui aplikasi atau berasaskan web.

Dengan perkembangan positif ini, sama-sama kita nantikan siapa yang akan menerima lesen perbankan digital pada suku pertama 2022 kelak.

Sumber : amanz.my

By neto

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.