Pada Belanjawan 2021 lepas, kerajaan telah mengumumkan sebuah insiatif baru dinamakan Program Jaringan PRIHATIN. Melaluinya, sejumlah RM180 seorang diperuntukkan untuk 8 juta penerima dari golongan B40 untuk kegunaan berkaitan telekomunikasi.

Bantuan kredit ini boleh digunakan untuk belanja langganan internet, atau menampung sebahagian kos pembelian telefon pintar baharu.

Selari dengannya, hari ini kerajaan mengumumkan program ini dijangka bermula pada Mac 2021 kelak. Dengan peruntukkan RM180 seorang, ia dijangka akan dapat membantu dan memberikan manfaat kepada golongan sasaran dalam mengurangkan beban yang ditanggung kerana terpaksa melanggan internet untuk tujuan pembelajaran atau pekerjaan dari rumah.

Buat masa ini, ia masih belum dikongsikan lagi bagaimanakah kaedah peruntukkan, dan bagaimanakah pemohonan untuk mendapatkannya.

Selain penawaran bantuan kredit daripada kerajaan, sebelum ini telah dikatakan yang mana syarikat telekomunikasi turut akan menyediakan manfaat bernilai RM1.5 bilion dalam bentuk data percuma kepada pelanggan.

Sumber : amanz.my

By neto

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.