hqdefault

 

Di Republik Czech tiga syarikat  telah bekerjasama untuk mencipta prototaip sebuah basikal elektrik yang mampu terbang.

Buat masa ini, basikal terbang ini masih lagi  dalam proses pembangunan dan dikawal dari jarak jauh, tetapi perekanya berharap bahawa  akhirnya akan mampu dipandu oleh manusia.

Mereka juga berharap teknologi bateri perlu dipertingkatkan   terlebih dahulu untuk membuat ciptaan yang boleh dipasarkan. Pada masa ini basikal itu  hanya mampu bertahan selama lima minit penerbangan sebelum bateri perlu dicas semula.

“Oleh kerana kapasiti bateri berganda kira-kira setiap sepuluh tahun, kita boleh menjangkakan bahawa pada masa akan datang kapasiti akan mencukupi bagi basikal  digunakan untuk acara sukan, pelancongan atau perkara yang lain ,” menurut  Milan Duchek, pengarah teknikal Basikal Duratec.

Direka menggunakan perisian 3D Perancis dengan berbingkai menyerupai sebuah motosikal kecil, mesin terbang mempunyai enam kipas, dua bahagian depan, dua lagi di belakang dan satu pada setiap sisi (Menyerupai dron)  yang membolehkan ia untuk terbang.

Ini dikuasakan oleh enam enjin, semuanya dikuasakan oleh bateri elektrik.

“perintis” projek ini  Jan Spatny, berkata berat kerangka  yang menjadikannya sukar untuk  ianya di kawal.

“Ia bukan semudah  mengawal pemainan kawalan jauh atau RC (Remote Control) . Ia  satu perkara yang rumit, anda perlu mengambil kira  beratnya  95 kg. Anda juga perlu mengambil kira motionlessness dan perkara-perkara lain,” katanya.

Dalam konfigurasi semasa, basikal terbang akan mampu terbang dengan pelumba yang maksimum berat badan dalam  73 Kg .

Sumber :-

http://www.telegraph.co.uk/

By hasnan

Diploma dalam Sains Komputer (IT) dari UTM Ijazah Sarjana Muda Sains Komputer (IT) dari UKM