9

Mengikut dari maklumat diumum oleh DICE, Battlefield 5 akan mendapat kemaskini baharu yang akan dibawakan kedalam permainan tersebut pada bulan Jun nanti.

Ini adalah episod yang ketujuh, selepas pelancaran kandungan Into The Jungle pada Januari yang lepas. Ianya sebuah episod yang membawakan pemain ke Pacific Theater dengan kandungan senjata dan barangan baharu. Kandungan ini akan tamat disokong pada 29hb April, untuk memfokuskan kepada kemaskini baharu mereka, mengikut dari kenyataan DICE.

DICE juga mengeluarkan kenyataan kandungan yang akan hadir pada kemaskini akan datang ini, namun tidak banyak maklumat diberi. Berikut adalah maklumat ringkas mengenai kemaskini tersebut:

  • Kandungan Baharu: Sebuah kemaskini yang akan hadir pada Jun nanti.
  • Ganjaran Mingguan: Battlefield Currency dan Company Coin akan diberi pada setiap minggu.
  • Acara dan Aktiviti: Mereka juga bercadang untuk membawakan pelbagai inisiatif dan pengenalan semula pelayan #FridayNightBattlefield.
  • Penambahbaikan dan kemaskini lain.

Mereka juga akan terus memfokuskan kepada sistem anti-tipu mereka. Atas sebab suasana pandemik sekarang, kemaskini diatas mungkin akan ditunda dari masa kesemasa.

Malangnya kemaskini ini adalah yang terakhir dan tiada lagi sokongan yang akan diberi oleh pihak pembangun pada masa akan datang.

Battlefield 5 dilancarkan pada tahun 2018 yang membawakan pengembaraan pemain ke perang dunia kedua. Namun banyak kritikan diberi sehingga kini, mahupun banyak kemaskini dan kandungan baharu diberi.

Sumber: EA

Sumber Asasl : gamermalaya.my

By neto

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.