35

Berikutan dari kenyataan DICE mengenai pemberhentian kemaskini terhadap Battlefield 5 atas sebab fokus mereka kepada siri Battlefield baharu mereka. Kini Star Wars Battlefront 2 juga mendapat nasib yang sama.

Mengikut dari catatan blog oleh Dennis Brannvall (Pengarah Kreatif) melalui laman web EA, pasukan beliau telahpun memberikan 25 kemaskini kandungan percuma selama 2 tahun lebih (iaitu semenjak dari permainan ini dilancarkan pada tahun 2017).

Hari ini beliau menyatakan kemaskini terakhir bernama The Battle on Scarif akan hadir kelak. Kandungan ini akan membawakan perperangan didalam suasana tropikal, sebuah lokasi yang diinspirasikan oleh filem Rogue One: A Star Wars Story.

Catatan blog tersebut diakhiri dengan kenyataan mengenai pasukan mereka untuk memfokuskan kepada Battlefield yang akan dipasarkan pada tahun 2021.

Menariknya, perenggan diatas tidak dijumpai melalui catatan tersebut. Namun sumber kredibiliti dari IGN atau Eurogamer menyatakan sebaliknya dimana kami menyangka perenggan tersebut telah dipadam, sebabnya masih tidak diketahui.

Selepas pelancaran Battlefield 5 yang hambar, DICE mungkin ingin memfokuskan semula kepada pembangunan francais penting mereka yang perlu dilihat dari semua sudut dan dimulakan dari kertas draf “blueprint” untuk mencapai kualiti yang baik pada masa hadapan.

Walaupun tiada tarikh rasmi setakat ini, Battlefield baharu berkemungkinan akan hadir pada tahun 2021 – 2022.

Sumber: EA, melalui IGN & Eurogamer

Sumber Asasl : gamermalaya.my

By neto

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.