Bawa Astro Anda Ke Mana Sahaja Dengan Astro GO

Astro GO merupakan salah satu aplikasi yang ditawarkan kepada semua pelanggan Astro secara percuma. Melalui aplikasi ini, ia memberi peluang kepada kesemua pelanggan mereka untuk menikmati rancangan kegemaran melalui peranti pintar mereka, pada bila-bila masa dan di mana sahaja di Malaysia.

Melalui Astro GO, anda kini boleh menonton pelbagai rancangan yang terdapat di saluran Astro yang mana lebih daripada 50,000 video on demand dan 100 saluran TV ditawarkan melalui laman penstriman ini. Jadi, anda kini bukan sahaja dapat menonton tayangan di televisyen, malah anda juga boleh menikmati tayangan video di peranti pintar anda dengan mudah, pada bila bila masa dan dimana sahaja.

Bagi anda yang baru melanggan Astro GO, apa yang anda perlu lakukan adalah memuat turun aplikasi pada peranti anda, atau layari laman rasmi Astro GO, daftar Astro ID, kemudian sambungkan akaun Astro anda untuk menikmati kandungan kandungan video di dalamnya.

Salah satu fungsi menarik yang baru diperkenalkan oleh Astro GO adalah fungsi Cloud Recording. Fungsi ini membolehkan anda untuk membuat rakaman program atau rancangan di Astro. Anda seterusnya boleh menyimpankannya di storan cakera keras maya di Astro Cloud yang boleh memuatkan sehingga 200 jam durasi video.

Dalam masa yang sama, pra-rakaman untuk sebarang rancangan televisyen juga boleh dibuat 7 hari lebih awal. Jadi, anda kini boleh menikmati tayangan video dengan lebih mudah dan cepat.

Apa yang anda perlu lakukan adalah klik pada “Semua Saluran”, pilih saluran atau program yang anda minat dan klik butang “Rakam” seterusnya ia akan membuat rakaman berdasarkan video yang anda pilih sahaja.

Untuk semak kapasiti simpanan, anda hanya perlu membuat semakan di bahagian Tetapan, pilih “Peranti Saya” dan seterusnya “Cloud Storage”.  Sekiranya anda ingin mengemaskini kandungan storan anda, anda hanya perlu memilih “Arkib”, seterusnya memilih rakaman video tertentu, klik pada “Urus Rakaman” dan pilih menu sama ada untuk batalkan beberapa episod tertentu sahaja atau batalkan semua episod.

Jadi, bagi anda yang berminat, boleh layari ke laman rasmi atau muat turun aplikasi Astro GO untuk menikmati pelbagai kandungan video dan fungsi fungsi menarik mereka. Melalui Astro GO, anda tidak perlu lagi risau terlepas rancangan kegemaran anda kerana anda boleh merakam, simpankan di Astro Cloud dan tonton semula tayangan video tersebut, dimana sahaja pada bila bila masa. Anda juga boleh strim pelbagai rancangan secara serentak melalui 4 peranti. Kini, anda boleh bawa Astro anda ke mana sahaja anda pergi dengan Astro GO.

Penafian: Advertorial daripada Astro

Sumber : amanz.my

Write a Comment

view all comments

*

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.