TechSemut Malaysia

Bayi Tersedak Susu?

Bayi Tersedak Susu?

Bayi Tersedak Susu?
Mei 06
06:52 2017

Seringkali kita terdengar berita sedih tentang bagaimana bayi dibawah umur satu tahun(infants) maut dan akibatnya dikatakan berpunca daripada tersedak susu.

Kes2 seperti ini berlaku di seluruh dunia dan boleh dikategorikan kepada dua:

1) Pada umur 6-12 bulan – walaupun tidak banyak kes berlaku pada umur ini, ianya disebabkan apabila bayi tersebut DIBIARKAN minum susu menggunakan botol tanpa pengawasan yang sepatutnya.

2) Pada umur 0-6 bulan – majoriti kes berlaku kerana Gastro Esophageal Reflux Disease(susu daripada perut naik semula), postur ketika/selepas minum susu yang tidak betul dan juga kerana terlalu banyak susu diberikan.

Upper Respiratory Tract Anatomy Respiratory System And Functions Human Anatomy Diagram – Human Anatomy Diagram

Daripada mulut manusia, terdapat dua laluan(yang anda boleh bayangkan seperti paip) iaitu laluan trakea(salur pernafasan/wind pipe) dan laluan esofagus(salur pemakanan/food pipe) yang hanya dipisahkan oleh sejenis rawan yang dinamakan epiglottis.

Sekiranya apa2 yang tidak sepatutnya masuk pada laluan yang tidak betul(makanan masuk salur pernafasan) ianya akan mengaktifkan gag reflex(bila sesuatu tak patut masuk mulut) dan cough reflex(batuk). Pada umur bawah 6 bulan, reflex2 yang melindungi daripada tercekik ini masih lagi tidak berkembang dan boleh digunakan dengan sempurna.

Malahan pada umur 6 bulan pertama ini juga, sejenis reflex yang dinamakan tongue thrust reflex adalah lebih dominan. Ianya merupakan sejenis reflex primitif(tak perlu diajar) yang ada pada bayi sebagai cara untuk menghisap puting ibu ketika menyusu. Ianya bertindak dengan apa2 yang menyentuh lidah bayi tersebut, dengan secara reflex lidah bayi itu akan menyepit antara lidah dan lelangit(between tongue and palate)


Sebab yang sama juga lah sekiranya bayi tersebut batuk dan mengeluarkan sesuatu semula ke dalam mulut, ianya tetap akan ditelan dengan cepat yang akan menyebabkan proses yang sama berlaku berulang kali(cough reflex triggered – object expelled into mouth – object go through spasmed pipes)

Sekiranya object seperti susu masuk ke dalam trakea(salur pernafasan), ianya mampu menyempitkan laluan pernafasan dan mengganggu proses pernafasan itu sendiri hingga menyebabkan kematian.

Sebab itu juga digalakkan sehingga umur bayi mencecah 3 bulan, pastikan bayi itu sendawa(burp) beberapa kali sekiranya perlu dan posisi selepas minum susu tidak horizontal(melintang) sebaiknya 30 minit selepas minum susu.

Majoriti kes juga berlaku bila bayi itu dijaga oleh pengasuh(non primary caregiver). Kajian turut menunjukkan bahawa ratio optimal untuk pengasuh yang menjaga bayi seharusnya tidak lebih daripada 4 org bayi untuk setiap 1 pengasuh. Kerana lebih daripada itu, ada risiko besar bayi2 tersebut tidak diberikan perhatian yang sewajarnya.

Salah satu lagi punca tersedak sehingga membawa maut ini juga adalah akibat jangkitan pertussis akan tetapi SEJAK program imunisasi vaksin yang menyeluruh diseluruh dunia, ianya semakin berkurangan. Program imunisasi kebangsaan Malaysia memberikan vaksin ini pada umur 2, 3, 5 dan 18 bulan.

SIDS

Terdapat segelintir golongan yang menuduh bahawa kes2 ini berlaku bukan sebab tersedak susu tapi disebabkan oleh SIDS(Sudden Infant Death Syndrome) dan bersangkut paut dengan pemberian vaksin.

Ianya merupakan sejenis kematian yang berlaku apabila PUNCA kematian tidak dapat dikenal pasti, pada umur BAWAH SATU TAHUN dan merupakan diagnosis of exclusion(bila kita tak dapat pastikan apa punca kematian, baru kita diagnose sebagai SIDS).

Tuduhan2 seperti ini adalah tidak berasas sebab dalam kes2 tersedak susu, kita DAPAT menentukan punca2 yang menyebabkan kematian melalui post mortem(bedah siasat). Kajian menyeluruh melibatkan berjuta juta kanak2 menunjukkan bahawa bilangan kes SIDS yang berlaku pada kanak2 yang divaksin merupakan SEPARUH berbanding kanak2 yang tidak divaksin.

Dalam erti kata lain, bukan sahaja vaksin TIDAK menyebabkan SIDS, malahan vaksin turut MELINDUNGI kanak2 daripada ancaman SIDS.

Rujukan:

Little GA, Ballard RA, Brooks JG, et al. National Institute of Health Consensus Development. Course on infantile apnoea and home monitoring, Sep 1986. Paediatrics1987;79:292–9.

Mitchell EA, Stewart AW, Clements M, Ford RPK. Immunisation and the sudden infant death syndrome. Arch Dis Child 1995;73:498–501.
Fleming PJ, Blair PS, Platt MW, Tripp J, Smith IJ, Golding J. The UK accelerated immunisation programme and sudden unexpected death in infancy: case–control study. BMJ 2001;322:822.
Jonville-Bera A-P, Autret-Leca E, Barbeillon F, Paris-Llado J, Pou- plard L, De Broca B, et al. Sudden unexpected death in infants under 3months of age and vaccination status—a case–control study. Br J Clin
Pharmacol 2001;51:271–6.
Krous HF, Beckwith JB, Byard RW, Rognum TO, Bajanowski T,Corey T, et al. Sudden infant death syndrome and unclassified sudden infant deaths: a definitional and diagnostic approach. Pediatrics 2004;114:234–8.
[Hoyert DL, Freedman MA, Strobino DM, Guyer B. Annual summary of vital statistics: 2000. Pediatrics 2001;108(6):1241–55

sumber : rootofscience.com

Related Articles

0 Comments

No Comments Yet!

There are no comments at the moment, do you want to add one?

Write a comment

Write a Comment

Your email address will not be published.
Required fields are marked *

CAPTCHA

*

Facebook Auto Publish Powered By : XYZScripts.com