BeatsX Earphone Dijual Melalui Apple Store Online Pada Harga RM600

Apple telah mengambil-alih pengeluar peranti audio Beats tidak lama sebelum ini, dan sejak pengambil-alihan, beberapa produk baru telah dipasarkan. Paling terkini, Apple telah mula menjual BeatsX Earphone melalui laman Apple Store Online.

BeatsX

BeatsX hadir dengan integrasi cip W1 yang memudahkan anda menghubungkan ia tanpa wayar kepada bukan sahaja iPhone, tetapi juga pada Apple Watch, iPad dan juga Mac.

BeatsX ini menawarkan masa bertahan bateri sehingga 8 jam, dan menurut Apple, pengguna boleh mengecas dengan pantas selama 5-minit yang memberikan masa penggunaan 2 jam.

Di Malaysia, BeatsX ini dijual pada harga RM600 dan ditawarkan dalam empat pilihan warna, iaitu kelabu, putih, biru dan juga hitam.

Sumber : amanz.my

Write a Comment

view all comments

*