Realme kini melangkah setapak lagi apabila dilihat cuba hadir dengan aksesori memfokuskan permua pula. Memetik perkongsian Realme menerusi satu entri di laman Twitter, aksesori gaming berkenaan terdiri dengan Realme Mobile Game Controller, Realme Cooling Back Clip dan Realme Mobile Game Finger Sleeves. Kesemua aksesori akan dilancarkan secara rasmi – seiring dengan pengenalan siri Realme Narzo 30 pada 24 Februari ini.

Realme bagaimanapun masih belum berkongsi lanjut mengenai fungsi untuk kesemua aksesori secara khusus. Namun secara kasarnya, kita boleh lihat Realme Mobile Game Finger Sleeves adalah sarung ibu jari – yang mungkin boleh digunakan oleh pemain permua tegar untuk pengalaman sentuhan lebih baik. Kemudian, Realme Mobile Game Controller pula mungkin berfungsi sebagai alat kawalan permainan fizikal. Sementara itu, Realme Cooling Back Clip pula mungkin berfungsi sebagai sebuah penyejuk luaran mudah alih.

Di samping siri Realme Narzo 30 dan aksesori permua tersebut, jenama ini turut akan memperkenalkan Realme Buds Air 2 – yang merupakan TWS terkini daripada mereka. Menariknya lagi, mereka turut bekerjasama dengan The Chainsmokers untuk penawaran aksesori audio kali ini.

Sumber : amanz.my

By neto

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.