Belajar Asas Pengaturcaraan MVC dengan codeigniter

codeIgniter-developmentKali ini techsemut ingin berkongsi asas pengaturcaraan mengunakan kerangka php codeigniter. Terdapat beberapa jenis kerangka PHP penulis memilih ci adalah kerana ianya adalah kerangka yang paling mudah untuk di fahami dan dipelajari konsep asas MVC sebelum anda beralih arah pada kerangka-kerangka lain . Apabila anda sudah menguasai CI , secara tidak langsung untuk anda berubah kepada kerangka yang lebih besar menjadi lebih mudah dan cepat.

terdapat tiga komponan penting dalam pengaturcaraan MVC iaitu M untuk Modul , V untuk view dan C untuk Control. Secara amnya , Semua kemasukan ke page-page anda akan pergi ke komponan controller dari sini lah semua fail dan paparan akan di cantumkan dan digabungkan menjadi sebuah sistem dan laman.display-records-using-codeigniter-eclipse-setup

Hampir semua fail pengaturcaraan anda akan tertumpu kepada tiga folder ini. Folder ini terletak di bawah Application . Seperti rajah di atas.

 Gambaran awal sistem anda adalah seperti di atas. di mana pemintaan akan di buat terhadap controller dan akan di sambungkan kepada view dan model . Untuk memudahkan femahaman anda , controller adalah sekumpulan class yang di bena dengan konsep OOP .

Langkah yang perlu anda buat adalah , selepas anda muat naik dan letakan fail-fail kerangka CI , anda perlu menetapkan confugurasi umum (default) anda akan jumpa di Aplication->configure . Ubah fail config.php dan databases.php mengikut keperluan anda. Pada fail ini terdapat penerangan tentang configure yang telah di buat dan anda boleh belajar dari komen-komen pada kod sumber ini.

Setelah selesai menetapkan fail di atas. Anda perlu mencipta fail controller anda sendiri . jika controller anda ingin di jadikan sebagai muka utama maka tetapkan pada fail configure.php nama controller anda.

contoh controller

<?php
class Pages extends CI_Controller {

        public function view($page = 'home')
        {
        }
}

Untuk melihat controller anda berfungsi , taip di browser anda seperti url ini http://localhost/index.php/page/view jika di lihat dari url di atas , selepas index.php adalah nama class bagi controller anda dan selpas itu adalah nama fungsi anda. Jika and tidak memerlukan fungsi , anda hanya perlu menambah fungsi ini

function index(){

}

Jika anda menaip http://localhost sahaja , maka ia akan pergi ke controller utama yang telah di setkan pada fail configure. untuk controller utama , nama class tidak perlu di letakan . Apa yang anda perlu pastikan adalah nama class bagi controller perlulah di mulakan dengan huruf besar dan nama perlulah sama dengan nama fail. Anda boleh menaik terus kod anda di dalam controller jik anda mahu. seterusnya , dari controller anda perlu menambah antaramuka paparan yang lebih baik . Anda perlu mencipta fail html baru dapa folder View. fail ini adalah fail php/HTML dan anda paparan css anda. Apabila anda ingin memangil paparan yang conton jika anda mencipta fail view teman.php . untuk memangil paparan ini dalam fungsi controller anda anda hanya perlu mengunakan kod di bawah

public  function   jebat()

{

$this->load->view(‘teman’);

}

kod ini akan membolehkan paparan teman di paparkan . bagi menghantar data kepada paparan anda , di dalam fungsi di atas preses adalah seperti berikut

public function jebat(){

$data[‘tajuk’] = “Selamat datang ke laman jebat”;
$this->load->view(‘teman’,$data);

}
pada fail teman.php , anda hanya perlu memasukan pembolehubah $tajuk maka nilai tajuk akan di paparkan.

Satu lagi kompoenen yang perlu anda gunakan adalah model. Model ini kebiasaanya adalah class dan fungsi-fungsi yang melibatkan pengiraan , manipulasi data dan pengkalan data.

kita akan membina model datateman.php yang akan mengandungi kod di bawah

class Datateman extends CI_Model {

}
seperti controller juga , huruf pada class awal mestilah di mulakan dengan huruf besar. katalah jika anda ingin memangil pengkalan data teman

class Datateman extends CI_Model {

public function senarai(){
$teman = $this->db->select(“SELECT * FROM teman”);
return $teman->result();
}
}
Seterus nya , untuk memangil model datateman pada controller anda

public function jebat(){

$this->load->model(‘datateman’)

$data = $datateman->senarai();

}

fungsi di atas akan memangil model datateman , dan akan mendapatkan nilai data dari fungsi senarai . Seterusnya anda sama ada boleh mengunakan data ini pada controller atau anda menghantar pada paparan view anda seperti di bawah
public function jebat(){

$this->load->model(‘datateman’);

$data[‘kawan’] = $datateman->senarai();

$this->load->view(‘teman’,$data);

}

ini adalah asas bagaimana MVC digunapakai jika anda berminat mempelajari lebih lanjut , layari manual panduan online dan boleh di muat naik di bawah. atau jika anda memerlukan kelas yang formal , boleh lah hubungi saya .

http://www.codeigniter.com/user_guide/