Belanjawan 2020 : 3 Perpustakaan Digital Dirancang Untuk Diwujudkan Di Kedah, Perak Dan Johor

Ekonomi digital merupakan salah satu topik yang menjadi fokus pada Belanjawan 2020 kali ini. Selari dengannya, salah satu perkara yang turut menjadi fokus adalah kandungan digital, dan juga kemudahan untuk pengguna mengikuti kandungan digital berkenaan.

Untuk tujuan berkenaan, kerajaan kini mengumumkan perancangan untuk mewujudkan 3 perpustakaan digital baharu di Kedah, Perak dan juga Johor.

Perpustakaan berkenaan akan digunakan untuk mengalakkan lagi perkongsian pengetahuan dan pendidikan melalui kandungan digital.

Selain daripada mewujudkan perpustakaan, kerajaan juga turut mengumumkan beberapa peruntukkan memfokuskan kepada penghasilan kandungan digital oleh pembangun tempatan.

Sumber : amanz.my

Write a Comment

view all comments

*

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.