Belanjawan 2020 : Cukai Perkhidmatan Digital Akan Dilaksanakan Mulai 1 Januari 2020

Kerajaan telah mengumumkan perlaksanaan Cukai Perkhidmatan Digital pada tahun Belanjawan lepas, dan pada Belanjawan 2020 hari ini, kerajaan sekali lagi menekankan berkenaan perkara ini.

Cukai Perkhidmatan Digital akan dilaksanakan bermula 1 Januari 2020 kelak, dimana ia akan melibatkan perkhidmatan seperti muat-turun perisian, penstriman muzik, penstirman video, atau pengiklanan digital.

Bercakap mengenai cukai perkhidmatan digital ini, semestinya ramai yang tertanya-tanya sama ada ia akan memberikan impak kepada kenaikkan harga perkhidmatan digital berkenaan atau sebaliknya. Menyentuh mengenainya, ia diperkatakan yang mana beberapa negara OECD lain telah mula mengenakan cukai digital, dan penyedia perkhidmatan digital sedia membayar cukai perkhidmatan digital ke negara berkaitan, sekaligus memberikan petanda yang mana penyedia perkhidmatan berkenaan mungkin tidak menaikkan harga.

Seperti biasa, cukai ini akan dikenakan terhadap pembekal perkhidmatan asing, dan mereka boleh mendaftar dengan kastam bermula 1 Oktober 2019 ini.

Sumber : amanz.my

Write a Comment

view all comments

*

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.