Beli rokok kat 7E, minum Starbucks tanpa guna duit

Share Button

Razer Pay menjadi e-dompet terbaru di Malaysia dan boleh digunakan di kedai serbaneka, 7-Eleven.

Hasil kerjasama dengan taiko besar konglomerat perniagaan Berjaya Holdings juga membolehkannya digunakan di restoran Kenny Rogers dan Wendy’s

Aplikasi secara percuma di App Store dan Google Play tersebut bekerjasama dengan Institusi perbankan seperti CIMB, Maybank dan RHB Bank.

Sebelum menggunakan telefon pintar terbabit untuk pembayaran, pengguna perlu menetapkan aplikasi dengan memeriksa kesesuaian akaun bank masing-masing.

Selepas itu, mereka perlu log masuk dalam akaun Razer Pay dan mewujudkan nombor PIN baru sebelum mengesahkan kad dengan pihak bank hanya melalui telefon pintar atau mendapatkan pembelian kredit di 7 Eleven.

Untuk melakukan pembelian pula, mereka hanya perlu membuka aplikasi di telefon pintar yang memaparkan kod maya sebelum terus melakukan pengesahan melalui pin.

Seterusnya, pengguna hanya perlu mengimbas  kod QR bagi menyelesaikan bayaran sebelum resit dikeluarkan.

Lagi artikel menarik…

sumber asal : http://theskop.com

Write a Comment

view all comments

*

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.