diamondKomputer hari ini semakin mengecil  dan kini mampu digunakan di mana sahaja dengan kelajuan laju dan berkapasita lebih tinggi . Namun salah satu kelemahan tentang komputer yang masih diperkatakan pada hari ini adalah bahang yang dilepaskan akan menjadikan ianya panas. Ini amat mengangu apatah lagi apabila  lama dugunakan dengan kapasiti proses yang tinggi.

Namun kini penyelidik sedang mengkaji dan telah menjumpai kaedah terbaik dalam penyejukan cpu dan komponan komputer  pada peranti kecil anda , mahupun bagi sebuah pelayan besar. Mungkin selepas ini tiada lagi bilik berhawa dingin yang sejuk khas untuk meletakan pelayan-pelayan anda . Satu lagi kajian telah di buat yang dikenali  “quantum computer” di mana belian di gunakan bagi  menjadikan  transister pemproses komputer.

Teknologi ini mengunakan belian sebagai penyah haba atau sebagai komponan komputer adalah masih baru dan perlu diperkembangkan  . Namun masalah dengan pengunaan Belian adalah harga dan nilai batu ini yang amat mahal . Tetapi dari sudut penjimatan tenaga (bagi menyejukan) , keupayaan pemporsesan tinggi serta ketahanan komponan komputer maka di lihat ianya berbaloi untuk digunakan.  Adakah belian akan digunapakai pada komputer masa depan ? atau mungkin penyelidik akan menjumpai kaedah lain yang lebih murah pada masa akan datang ?  Sama-sama lah kita menunggu.

By hasnan

Diploma dalam Sains Komputer (IT) dari UTM Ijazah Sarjana Muda Sains Komputer (IT) dari UKM