Berita Menarik

Benarkah teknologi akan menggantikan kerjaya doktor, peguam dan profesyen yang lain?

Pembaca : 6
0 0

Seperti yang dinyatakan oleh laman sesawang Harvard Business Review, teknologi bakal menggantikan kesemua profesyen pekerjaan seperti doktor, peguam dan lain-lain. Ini kerana, kemajuan penyelidikan dalam bidang kecerdasan buatan (AI) dan robot telah cuba bersaing dalam membuktikan bahawa mereka (AI) lebih efisien berbanding manusia sendiri. Wow. Berat dah ni.

Rawatan melalui tele-sidang

Ironinya, keadaan ini menjadi semakin kritikal kerana para profesional sendiri yang menyatakan bahawa keperluan robot atau sistem automasi adalah amat diperlukan untuk kerja-kerja rutin pada setiap kali sesi konferens. Jadi, timbul persoalan apakah kerja-kerja rutin seperti menjahit luka, menyambut bayi lahir dan melakukan pembedahan membuang apendiks akan dilaksana oleh robot sepenuhnya? Ha, usah dibuat gila. Namun demikian, mereka masih menekankan bahawa kepakaran manusia tetap diperlukan untuk menyelesaikan perkara-perkara yang rumit yang mana melibatkan penghakiman, kreativiti dan empati.

Isu Uber dan teksi di Malaysia tidak berpenghujung

Antara contoh rutin harian yang telah diragut oleh teknologi, Uber berjaya mengambil-alih industri teksi di negara kita. Begitu juga dengan sistem sewaan harta tanah, Airbnb telahpun mengambil alih tugas ejen hartanah dengan begitu cemerlang di bandar-bandar besar. Tambahan lagi, kos menggunakan teknologi tersebut adalah jauh lebih murah dan adil berbanding kos yang dikenakan oleh manusia tanpa teknologi. Keadaan semakin menggila apabila Amazon pula memperkenalkan kedai runcit elektronik sepenuhnya melalui Amazon Go. Pengguna hanya perlu masuk, ambil barang dan keluar tanpa perlu bertemu dengan pekedai. Barangan akan dicaj terus ke dalam kad kredit anda. Jadi, di manakah peluang kerjaya manusia pada masa itu?

Menyentuh bidang pendidikan pula, kini terdapat pelbagai prototaip sistem pendidikan yang dikhususkan (personalized) untuk setiap individu. Dari pelajar biasa hinggalah ke pelajar yang mengalami masalah pendengaran, autisme, buta, disleksia dan pelbagai lagi, tetap boleh mendapat pendidikan yang sama. Jadi, apakah profesyen guru sudah boleh kita hapuskan sedikit demi sedikit?

Pembelajaran yang dikhususkan

Untuk menjawab persoalan tersebut, kita perlu untuk bertanya kepada diri sendiri terlebih dahulu. Apakah perkhidmatan perubatan semakin mahal, kucar-kacir, tidak efisien dan sukar diperolehi di kawasan terpencil / pedalaman? Adakah capaian ke sistem keadilan negara pada masa kini sukar? Adakah sistem pendidikan sedia ada adil di seluruh pelosok negara? Adakah juruaudit dan akauntan sedia ada mampu menyekat kesemua skandal kewangan? Seandainya jawapan ini positif semuanya, maka usah ragu-ragu mengatakan bahawa kepakaran manusia tetap diperlukan berbanding robot dan AI. Ini kerana, manusia secara umumnya mampu mencipta dan beradaptasi dengan teknologi untuk mengatasi masalah kehidupan tetapi pada masa yang sama, teknologi juga dicipta untuk menggantikan kepakaran manusia yang korup.

1. Wallsten, S. (2015). Has Uber forced taxi drivers to step up their game?. Atlantic.

2. Zervas, G., Proserpio, D., & Byers, J. W. (2014). The rise of the sharing economy: Estimating the impact of Airbnb on the hotel industry. Journal of Marketing Research.
3. Hart, S. A. (2016). Precision education initiative: moving toward personalized education. Mind, Brain, and Education, 10(4), 209-211.
4. Thomas, P. P. M., Alshehri, S. M., van Kranen, H. J., & Ambrosino, E. (2016). The impact of personalized medicine of Type 2 diabetes mellitus in the global health context. Personalized Medicine, 13(4), 381-393.

sumber : rootofscience.com

About Post Author

hasnan

Diploma dalam Sains Komputer (IT) dari UTM Ijazah Sarjana Muda Sains Komputer (IT) dari UKM
Happy
Happy
0 %
Sad
Sad
0 %
Excited
Excited
0 %
Sleepy
Sleepy
0 %
Angry
Angry
0 %
Surprise
Surprise
0 %

Average Rating

5 Star
0%
4 Star
0%
3 Star
0%
2 Star
0%
1 Star
0%

Tinggalkan Balasan

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.