Berita Menarik

Berbaloikah Mengunakan webe

Pembaca : 9
0 0

Pihak TM telah memperkenalkan perkhidmatan rangkaian mudah alih terbaru mereka yang di beri jenama webe . WeBe ini yang berkonsepkan komuniti telah mula berada di pasaran dan di gunakan . Penulis adalah antara pengguna terawal yang mendaftar dengan perkhidmatan ini . Bukan sahaja data tanpa had , ia di datangkan juga dengan pangilan dan sms tanpa had. Namun ianya tidak boleh di gunakan untuk tujuan komersial seperti sms getway atau dikongsi talian dengan pengguna lain di mana pelangan perlu membayar jika ingin berkongsi talian mereka mengikut jumlah jam yang di gunakan.

Ia di lihat amat menari minat penulis yang memang memerlukan pakage tanpa had sebegini bagi tujuan perkongsian video secara langsung acara-acara menarik dan memuat naik video di youtube di samping mengunakan perkhidmatan striming langsung .

Sepanjang penulis mengunakan perkhidmatan webe ini , pastinya kepuasan pengunaan di utamakan . Dan apa boleh penulis katakan yang memang tidak rugi mengambil pakage ini .walaupun mereka tidak menjanjikan liputan meluas , sepanjang penulis mengunakan kebanyakan kawasan yang mempunyai talian mudah alih celcome , talian webe pasti akan ada. Cuba ada kawasan masih mendapat sekadar kelajuan H atau H+ . Namun bagi pangilan dan sms tiada masalah . Untuk penguna dalam kawasan bandar-bandar utama , rangkaian webe ini agak stabil dan setanding dengan talian jenama dan syarikat lain . Namun begitu ada kalanya penulis terpaksa memulakan semula hp bagi mendapatkan rangkaian semula yg stabil . Namun tidak lah terlalu kerap sehingga menyusahkan .

Maklumbalas dari komuniti dalam Facebook dari pada pengguna webe juga di lihat begitu positif dan berpuas hati dengan apa yang mereka dapat. Ternyata kehadiran pakage sebegini pasti akan menguntungkan pengguna yang selama ini sering di tindas oleh pihak telco dengan mengenakan bayaran yang tinggi bagi data rangkaian yang mereka gunakan . Penulis juga telah mencuba sendiri mengunakan siaran live seperti youtube game live , facebook live  ,live Stream apps RTM Mobile , dan Tonton . Bagi Apps Tonton Terdapat masalah selepas strem dalam 1 minit , hanya suara yang baik tetapi gambar mengalami kelewatan dan tersangkut (walaupun di kawasan lipuan 4G) . Untuk Apps RTM mobile , Penulis dapat menonton Live pelawanan AFF bagi pasukan malaysia dengan baik di kawasan yang mempunyi capaian H+ dan 4G

Apa pun , Tahniah di ucapkan kepada TM yang mengorak langkah memberi perkhidmatan yang semestinya akan meningkatkan pengunaan internet dan edagang di malaysia.

Berikut adalah ujian kelajuan dan kestabilan rangkaian yang penulis telah buat di beberapa lokasi

Gua Musang Kelantan
Gua Musang Kelantan
Putrajaya
Kuala Besut Terengganu
Kuala Besut Terengganu
LPT 2 (RnR persaing)
LPT 2 (RnR persaing)
LPT (RnR Temerloh)
LPT (RnR Temerloh)
Shah Alam (stadium)
Shah Alam (stadium)
Bandar Baru Bangi
Bandar Baru Bangi

About Post Author

hasnan

Diploma dalam Sains Komputer (IT) dari UTM Ijazah Sarjana Muda Sains Komputer (IT) dari UKM
Happy
Happy
0 %
Sad
Sad
0 %
Excited
Excited
0 %
Sleepy
Sleepy
0 %
Angry
Angry
0 %
Surprise
Surprise
0 %

Average Rating

5 Star
0%
4 Star
0%
3 Star
0%
2 Star
0%
1 Star
0%

Tinggalkan Balasan

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.