Berikut Adalah Permainan Percuma Untuk Xbox Live Gold Bulan Mei

9

Pengumuman dari Microsoft melalui laman web rasmi Xbox menunjukkan 4 permainan percuma akan disediakan untuk pelanggan Xbox Live Gold pada bulan Mei ini. Namun, seperti bulan lepas, 4 permainan tersebut diberi melalui dua bahagian. Bahagian pertama adalah pada 1hb sehingga 31hb Mei, manakala bahagian kedua adalah pada 16hb Mei sehingga 15hb Jun.

4 permainan yang dipilih adalah permainan perlumbaan V-Rally 4 dan permainan bola sepak klasik dari tahun 90-an, Sensible World of Soccer. Kedua permainan tersebut akan diberi pada bahagian pertama.

Manakala untuk bahagian kedua pula adalah Warhammer 40,000: Inquisitor – Martyr, sebuah permainan konsol Xbox 360 yang boleh dimainkan di Xbox One dan juga permainan mengawal askar “minion” untuk membina empayar anda sendiri, Overlord II.

Permaini ini boleh dimuat turun mengikut tarikh masing-masing kepada sesiapa yang melanggan Xbox Live Gold ataupun Xbox Game Pass.

Sumber Asasl : gamermalaya.my

Write a Comment

view all comments

*