TechSemut Malaysia

Berita baik : Kini data-data peribadi anda boleh disimpan selama berjuta tahun!

Berita baik : Kini data-data peribadi anda boleh disimpan selama berjuta tahun!

Berita baik : Kini data-data peribadi anda boleh disimpan selama berjuta tahun!
Januari 26
15:00 2017

ff g bghbhg

Kebanyakan institusi pendidikan & makmal penyelidikan kita akan bergantung kepada magnetic tape untuk menyimpan data-data mereka. Namun penyelidik daripada Hitachi telah menjumpai satu kaedah baru untuk menympan data-data anda malah ia versi terbaik berbanding sistem lama, seperti CD, DVD, ataupun Hard Drive. Biasa mengalami masalah data menjadi rosak dalam Hard Drive, CD, DVD?

Kami biasa mengalami masalah ini. Ketika di sekolah kami selalu menggunakan CD player untuk mendengar lagu-lagu. Jadi, terdapat banyak koleksi CD lagu yang dibeli oleh kami ataupun di burn sendiri. Masalahnya lagu-lagu dalam CD ini tak tahan lama, apabila terlalu lama lagu-lagu yang disimpan dalam CD ini akan rosak, tersangkut-sangkut, atau tidak jelas. Sama juga dengan Hard Drive. Kami sudah 3 kali membeli Hard Drive jenama WD, pertama dengan kapasiti 250 GB, kemudian 500 GB dan terkini 1 Tb.

Masalahnya tetap sama. Mungkin jenama WD yang tidak bagus, tetapi rasanya masalah yang dihadapi ini merangkumi jenama lain. Ke tidak? Biasanya itulah masalahnya, video tidak boleh dimainkan, fail gambar-gambar rosak dsb. Nak kata terhempas tidak ada pula.

Mungkin dengan menyimpan data di dalam Kristal Kuarza tadi akan mengatasi masalah ini. Mereka mendakwa maklumat kita akan tetap sempurna disimpan walaupun selama beratus juta tahun sekalipun! Tambahan pula dimensi Kuarza ini juga tidaklah besar dan sangat menjimatkan ruang. Ia hanya mempunyai 2 cm lebar dengan ketebalan hanya 2 milimeter.

Teknologi ini juga didapati sangat lasak. Ia tidak dimasuki air, tahan kepada serangan kimia dan perubahan cuaca, maah mampu bertahan pada ketinggian suhu 1,000 degree selsius selama 2 jam!

Kerja-kerja plagiat tanpa memberikan kredit kepada sumber adalah suatu tindakan yang tidak bertanggungjawab dan menyalahi hak cipta dan kreativiti seseorang.

Sumber : www.sciencenazi.com

Related Articles

0 Comments

No Comments Yet!

There are no comments at the moment, do you want to add one?

Write a comment

Write a Comment

Your email address will not be published.
Required fields are marked *

CAPTCHA

*

Facebook Auto Publish Powered By : XYZScripts.com