Berlumba Seperti Era 90-an Didalam Formula Retro Racing

Pejam celik kita sudah pun berdekad jauhnya dari zaman 90-an, dimana permainan klasik dengan estetik poligon berskala rendah. Kini anda boleh kembali ke era tersebut dengan permainan perlumbaan ala-arked, Formula Retro Racing.

Selain dari grafik, Formula Retro Racing juga membawakan era klasik dengan pengalaman permainan serta bentuk bunyi kepada pemain.

Formula Retro Racing berkemampuan sehingga ke resolusi 4K pada paras 60fps. Ianya mengandungi 8 litar, mod arked dan mod eliminator.

Menariknya mod arked mempunyai pemasa yang akan ditambahkan pabila pemain melepasi setiap checkpoint, amat serupa dengan pengalaman arked yang kita semua rindui. Fizik permainan ini juga amat menarik dimana kereta formula boleh dirosakkan sehingga melibatkan letupan.

Formula Retro Racing kini tersedia di PC (Steam) dengan harga RM30 sahaja.

Sumber Asasl : gamermalaya.my

Write a Comment

view all comments

*