TechSemut Malaysia

Big Bang dan teori alam mengembang

Big Bang dan teori alam mengembang

Big Bang dan teori alam mengembang
Januari 27
01:30 2017

Capture

15 bilion tahun dulu kesemua jisim dan tenaga terperangkap dalam sebuah titik yang tersangat kecil dikenali singularity. Titik tunggal ini kemudiannya telah mengembang pada kadarnya yang cepat. Dan untuk pengetahuan, ahli astronomi sendiri tidak sepenuhnya tahu apakah yang menyebabkan titik singularity tadi telah mengembang. Cuma peristiwa selepas beberapa saat titik singularity tadi berkembang dan terus berkembang sehingga hari ini dinamakan sebagai Big Bang. Kebanyakan orang mempunyai tanggapan yang salah berkenaan Big Bang. Big Bang bukan merujuk kepada suatu letupan yang besar. Sebaliknya ia merujuk kepada proses pengembangan yang berlaku pada alam semesta.

Sebelum mengembang, titik tunggal ini pada asalnya berkepadatan sangat tinggi selain ia juga berkeadaan sangat panas. Setelah alam berkembang ia mula menyejuk dan menjadi kurang tumpat. Dalam tempoh kasar lebih kurang 300, 000 tahun suhu alam telah jatuh sebanyak 3000 darjah selsius. Suhu yang semakin menyejuk ini membolehkan beberapa jenis partikel terbentuk. Pertamanya partikel elektron dan proton. Kemudian mereka bergabung menjadi sebiji atom hydrogen dan atom helium. Atom hydrogen adalah atom yang paling ringan dalam jadual berkala kerana hanya terdiri daripada sebiji proton dan sebiji elektron. Alam kemudian terus mengembang, mengembang dan mengembang. Kini ia telah menjadi kurang padat berbanding ia di peringkat singularity dahulu. Dan keadaan ini berterusan selagi mana alam terus mengembang.

Kemudian protogalaxies mula terbentuk. Protogalaxies kemudian menjadi matang dan membentuk pula galaksi. Galaksi ibarat sebuah pulau yang kaya dengan gas-gas dan habuk-habuk yang menghasilkan berbilion jenis bintang-bintang. Daya graviti telah menarik beberapa jenis bintang, batu-batu, ais dan lain-lain lalu membentuk sebuah planet. Perkara ini berlaku setelah 11 bilion kejadian Big Bang berlaku.

Kemudian terdapat planet-planet yang terbentuk, ada pula makhluk yang hidup di atasnya. Planet itu contohnya bumi sendiri. Bumi umpama sebuah pulau yang kaya dengan pelbagai jenis hidupan. Ada manusia yang berbilang bangsa, haiwan dan tumbuhan yang pelbagai spesis. Terdapat juga sumber air, bekalan gas, tanah, mineral dan pelbagai lagi keperluan untuk makhluk meneruskan hidup. Ini jika difikirkan memang sangat menghairankan.

Pada hari ini alam didapati terus mengembang dan saintis mempunyai bukti berkenaanya. Antara bukti tersebut ialah kewujudan radiasi CMB iaitu kependekan kepada Cosmic Microwave Background. Gelombang mikro adalah gelombang yang sama digunakan kita untuk memasak makanan di dapur. Ia secara seragam bertebaran di seluruh alam semesta dan saintis mempercayai CMB adalah dan dia adalah gelombang yang terhasil ketika proses alam mengembang.

Selain dari CMB, pada tahun 1929 seorang ahli astronomi bernama Edwin Hubble telah membuktikan alam ini sedang mengembang. Konklusi ini dikeluarkan apabila Hubble mengkaji spektrum cahaya yang dikeluarkan galaksi-galaksi. Hubble mendapati, cahaya galaksi yang melalui prisma teleskopnya akan menghampiri spektrum cahaya berwarna merah. Fenomena ini dikenali sebagai redshift. Jika galaksi semakin menghampiri kita tentu cahaya yang dikeluarkan oleh galaksi dan yang sampai kepada kita akan mempunyai warna cahaya yang sama. Tetapi perkara ini tidak berlaku. Jarak yang semakin menjauh antara galaksi dan bumi menyebabkan panjang gelombang menjadi semakin memanjang sehingga merubah warnanya dari warna yang asal. Dalam kes ini menjadi warna merah. Dan fenomena redshift adalah bukti paling kuat yang menunjukkan alam ini sebenarnya sedang mengembang.

Kebanyakan ahli astronomi telah menerima bahawa alam ini sedang mengembang. Cuma apa yang berlaku selepas ini masih menjadi misteri. Selepas alam mengembang, kemudian apa? Terdapat 3 kemungkinan iaitu alam akan terus mengembang tanpa henti atau dikenali sebagai open universe. Flat universe pula alam akan mengembang dan ia akan berhenti apabila stabil. Ketiganya alam ini akan berkembang dan pada satu peringkat dia akan mengecut sehiggalah ia kembali ke titik singularity semula ini dikenali sebagai Closed universe. Pada peringkatnya yang telah kembali kepada titik singularity itulah dinamakan Big Crunch.

Apa itu “ Big Crunch”?

Kita lihat semua benda hidup akan mati dan kita tahu kematian adalah suatu yang pasti kita akan tempuh. Disebabkan kematian akan datang secara mengejut dan tak diundang pula, maka ada logiknya kita risaukan kematian. Kematian individu adalah salah satu cabang ketakutan yang selalu membelenggui hidup kita. Dan ia berlaku saban waktu mungkin setiap saat, minit dan jam akan ada kematian berlaku. Cuma kita tahu atau tak je.

Walaupun kematian adalah suatu perkara yang besar bagi seorang individu, ia tidaklah sebesar kematian bagi sebuah planet yang menjadi tempat individu tersebut menetap – Bumi. Apakah takdir bumi? Bilakah kematian akan menjemput kepadanya? Adakah ia akan tiba secara mengejut, tak diundang? Soalan-soalan ini ada asas ditanyakan dan ia perlu menjadi sebahagian daripada kerisauan kita. Jika hendak dibandingkan kematian seorang individu dengan kematian sebuah planet yang menjadi tempat berbilion individu hidup, besar mana sangat kematian individu tadi jika dibandingkan kematian sebuah planet? Dan besar mana pula kematian sebuah planet jika dibandingkan kematian bagi alam secara keseluruhannya?

Alam / universe seperti individu, seperti bumi juga akan berhadapan dengan kematian. Kerisauan ini tidak dikongsi dan dirasai oleh semua orang sebagaimana kematian individu tadi. Ia hanya dirasai oleh sebilangan individu dikalangan saintis yang menggelar diri mereka kosmologis ataupun dikalangan orang awam yang celik pengetahuannya. Alam semesta adalah sebuah jasad yang besar, lebih besar dari planet-planet yang ada dan lebih besar daripada galaksi-galaksi. Malah kesemua planet-planet dan galaksi-galaksi adalah komponen kepada alam semesta tadi! Maka jika dibandingkan besar mana sangat kematian individu dan kematian bumi jika dibandingkan kematian bagi sebuah alam?

Sesuai dengan saiznya yang besar, maka jangka hayatnya juga tersangat besar. Saintis tidak tahu secara pasti bagaimanakan permulaan alam ini dan bagaimana pula ia akan berakhir nanti? Mereka hanya boleh kumpulkan bukti dan kemukakan teori ilmiah bagaimana alam bermula dan bagaimana pula kesudahannya nanti. Salah satu teori yang menyentuh masa depan alam ialah apa yang dipanggil sebagai big crunch. Big Crunch adalah sebuah teori – iaitu alam akan berhenti dari mengembang pada suatu ketika nanti. Setelah berhenti mengembang, daya graviti akan menarik semua jisim-jisim dan alam semesta akan mengecut sehinggalah tiba ke suatu peringkat ia akan kembali kepada sifatnya yang singular – iaitu sebelum Big Bang.

Tetapi Big Crunch hanyalah sebuah teori dan ia bukan suatu yang pasti. Mungkin ia benar dan mungkin juga salah. Sebahagian ahli kosmologi bermazhab, alam semesta akan mematuhi teori Big Crunch, sementara mazhab lain berpandangan alam akan terus mengembang tanpa hentinya. Apa yang pasti ia mememerlukan berbilion tahun lagi untuk mendapatkan kebenaran mazhab mana yang betul dan mana yang tidak.

sumber : http://www.sciencenazi.com/

Related Articles

0 Comments

No Comments Yet!

There are no comments at the moment, do you want to add one?

Write a comment

Write a Comment

Your email address will not be published.
Required fields are marked *

CAPTCHA

*

Facebook Auto Publish Powered By : XYZScripts.com