Microsoft telah pun menyatakan minat terhadap pengambil-alihan operasi TikTok di beberapa buah negara, dan ada yang mengatakan ia mungkin dibincangkan untuk pengambil-alihan pada peringkat global. Namun, masih ramai pihak yang skeptik dan ragu-ragu terhadapnya.


Salah seorang adalah pengasas Microsoft sendiri, iaitu Bill Gates. Melalui wawancara bersama Wired, Bill Gates mengatakan beliau masih tidak ketahui apa akan jadi dengan pengambil-alihan ini.

Bill Gates mengatakan ia mungkin adalah untung jangka masa pendek, dan mungkin sukar untuk jangka masa panjang. Beliau menambah, mengatakan perniagaan dalam arena media sosial bukan sesuatu yang mudah.

Seperti ramai sedia maklum, arena media sosial memerlukan pemantauan kandungan, memastikan data pengguna disulitkan, dan sejumlah perkara lain dalam memastikan ia beroperasi dengan lancar.

Bill Gates turut menambah mengatakan beliau menyukai arena media sosial semakin kompetitif, tetapi tidak mengemari langkah Donal Drump yang ingin membunuh pesaing.

Apa pun, keputusan pengambil-alihan masih bergantung kepada Microsoft yang kini diterajui oleh Satya Nadella. Microsoft mengatakan mereka menyasarkan selesai berbincang mengenai pengambil-alihan ini dalam tempoh sebelum 15 September 2020 ini.

Sumber : amanz.my

By neto

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.