Berita Menarik

Bimbang anak hilang atau mahu pantau pergerakan mereka? Ini yang anda perlu lakukan…

Pembaca : 8
0 0
Share Button

Sebuah aplikasi mengesan kanak-kanak, TraqKid diperkenalkan sesuai dengan kebimbangan ibu bapa terhadap kes berkaitan yang berleluasa kini.

Ia diperkenalkan oleh syarikat Knightsbridge Resources Sdn Bhd yang mengambil masa enam bulan untuk merealisasikannya selain menjadi sebahagian penambahbaikan daripada program Kepolisan Komuniti sejak 10 tahun lalu.

Pengerusi Lembaga Penasihat TraqKid yang juga bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan memaklumkan, aplikasi tersebut dapat membantu ibu bapa mengetahui lokasi anak seterusnya mendapatkan bantuan kecemasan sekiranya perlu


Kata Tan Sri Musa, sistem TraqKid berfungsi berasaskan kad sim U Mobile yang lengkap teknologi GPS bagi mengesan lokasi.

Penggunaannya sangat mudah dan boleh dilakukan menerusi telefon bimbit atau sebarang alat GSM yang menjadi alat utama.
Musa berkata, TraqKid mempunyai perbezaan dengan perkhidmatan penjejak kanak-kanak yang lain di pasaran kerana apabila dalam situasi kecemasan, ibu bapa boleh mendapatkan bantuan mengesan anak mereka hanya dengan menekan butang di telefon.
“Setelah amaran dikeluarkan, anggota di pusat panggilan akan bergerak ke lokasi terakhir atau terkini di mana kanak-kanak itu dikesan.

Ibu bapa boleh memantau pergerakan anak dengan aplikasi tersebut manakala kad sim pula dipasang di fon anak masing-masing.
TraqKid boleh didapati menerusi tempahan awal bermula hari ini dan langganan bermula pada harga RM58 sebulan bersama U Mobile.

Untuk maklumt lanjut, sila layari laman sesawang www.traqkid.my.

Lagi artikel menarik…

sumber asal : http://theskop.com

About Post Author

hasnan

Diploma dalam Sains Komputer (IT) dari UTM Ijazah Sarjana Muda Sains Komputer (IT) dari UKM
Happy
Happy
0 %
Sad
Sad
0 %
Excited
Excited
0 %
Sleepy
Sleepy
0 %
Angry
Angry
0 %
Surprise
Surprise
0 %

Average Rating

5 Star
0%
4 Star
0%
3 Star
0%
2 Star
0%
1 Star
0%

Tinggalkan Balasan

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.