TechSemut Malaysia

Biografi Michael Faraday

Biografi Michael Faraday

Biografi Michael Faraday
Januari 26
15:46 2017

fvdbgbn

Michael Faraday lahir pada tahun 1791 dan berasal dari London. Faraday tidak mempunyai pendidikan yang tinggi kerana pada umurnya 13 tahun, dia telah berhenti sekolah dan bekerja disebuah kedai buku. Menurut Elizabeth H. Oakes dalam bukunya the encyclopedia of scientists, Faraday telah berhenti sekolah pada tahun 1804 untuk membantu keluarganya yang miskin.

Walaupun berhenti sekolah di usia yang muda, minat Faraday terhadap membaca dan ilmu sains amat mendalam. Kesempatan untuk bekerja di kedai buku memberinya banyak peluang untuk mengakses buku-buku berkaitan genre sains yang diminatinya.

Antara buku yang dibaca oleh beliau ialah Encyclopedia Brittanica yang berkaitan dengan elektrik. Pada tahun 1811, Faraday telah menghadiri sebuah kuliah yang dikendalikan oleh seorang saintis bernama Humphry Davy. Beliau telah memberi tawaran kepada Faraday untuk bekerja sebagai pembantu makmalnya. Bermula dari sinilah Faraday mula dikenali dan menjadi sebuah nama yang besar dalam dunia sains pada abad ke 19.

Dalam bukunya, Why Does E = mc2, and why should we care, profesor Brian Cox menyatakan Michael Faraday sebagai “the greatest experimental physicists of all time”.

Ya betul, sungguhpun Michael Faraday tidak berpendidikan tinggi, beliau sangat berbakat melakukan kerja-kerja eksperimen. Davy sendiri turut mengagumi kebolehan Faraday, dengan mendakwa penemuan Faraday sebagai “the greatest scientific discovery“. Ironinya, apa yang disebut-sebut sebagai penemuan terhebat dalam sejarah itu, tidaklah memerlukan modal yang besar dan peralatan eksperimen yang rumit.

Apa yang digunakan oleh Faraday tidak lebih sekadar magnet, kompas dan juga gulungan wayar. Beliau mendapati apabila sebuah magnet digerakkan ke dalam gulungan wayar, tenaga elektrik akan dihasilkan. Fenomena ini sebagai electromagnetic induction. Selain itu, apabila elektrik mengalir ia akan menyebabkan jarum kompas diganggu.

Sebuah kompas boleh diibaratkan sebuah pengesan kepada medan magnet. Disebabkan itu jarum kompas sentiasa menunjukkan ke arah utara bumi. Apabila tenaga elektrik mengalir disekitar kompas, jarum kompas seakan terganggu seolah-olah tenaga elektrik telah menghasilkan medan magnet.

Daripada pemerhatian ini, Faraday merumuskan — tenaga elektrik dan medan magnet saling berkaitan antara satu sama yang lain. Tidak cukup dengan penemuan itu, Faraday ingin memahami lebih mendalam lagi fenomena sains yang diterokainya. Apakah yang menyebabkan tenaga elektrik dan magnet saling mempengaruhi antara sama lain? Perkara ini tentu membuatkan beliau kehairanan kerana keduanya saling mempengaruhi tanpa bersentuhan sekalipun.

Bagaimana magnet yang tidak menyentuh wayar boleh menghasilkan tenaga elektrik? Dan bagaimana pula tenaga elektrik boleh mengalihkan jarum kompas dari menunjuk ke utara bumi? Mesti telah wujud sebuah pengaruh tertentu diantara ruang yang memisahkan magnet, wayar dan juga kompas.

Pengaruh yang dimaksudkan kini dikenali sebagai medan magnet. Perkataan medan adalah sebuah konsep yang abstrak di dalam fizik. Faraday menggambarkan medan sebagai garisan-garisan yang keluar dari magnet dan juga wayar yang mengalirkan elektrik. Seandainya kita meletakkan magnet dibawah sehelai kertas dan menaburkan serbuk-serbuk ferum diatas kertas tadi, kita melihat garisan-garisan halus terbentuk dan itulah medan yang dimaksudkan. Ia tidak boleh dilihat tetapi kesannya boleh dirasa dan diperhatikan.

Untitled

Medan Magnet

Sebelum penemuan Faraday ini, tenaga elektrik dan medan magnet dianggap dua entiti yang berbeza-beza. Tetapi hasil penemuan Faraday telah membuktikan perkara yang sebaliknya — elektrik dan magnet saling berkaitan. Penemuan Faraday telah diaplikasikan dalam banyak teknologi, umpamanya sistem  Hidroelektrik, mekanisma “eject” pada pemain DVD dan banyak lagi. Tentu Faraday sendiri tidak menyangka penemuannya telah dikembangkan sebegitu jauh oleh manusia hari ini.

Kerja-kerja plagiat tanpa memberikan kredit kepada sumber adalah suatu tindakan yang tidak bertanggungjawab dan menyalahi hak cipta dan kreativiti seseorang.

sumber : http://www.sciencenazi.com/

Related Articles

0 Comments

No Comments Yet!

There are no comments at the moment, do you want to add one?

Write a comment

Write a Comment

Your email address will not be published.
Required fields are marked *

CAPTCHA

*

Facebook Auto Publish Powered By : XYZScripts.com