Black Shark 3 Tertiris – Memperlihatkan Skrin Resolusi 2K & 120Hz

Black Shark adalah jenama yang disokong kuat oleh Xiaomi. Ia adalah syarikat yang menghasilkan telefon pintar memfokuskan gaming sepenuhnya. Pada peranti terdapat lampu LED RGB, spesifikasi yang berkuasa dimuatkan, enjin getaran yang menarik dan menyokong touch sensing 120Hz. Untuk tahun ini, Black Shark dijangka akan hadir dengan Black Shark 3 pula. Namun masih tiada sebarang informasi mengenai peranti ini.

Hari ini, telah tertiris sedikit informasi mengenai peranti Black Shark 3. Black Shark 3 dikatakan akan menggunakan skrin dengan resolusi sehingga 2K. Ini akan memberi pengalaman yang lebih memuaskan dari segi kecerahan, warna yang lebih hidup dan juga kualiti yang lebih menyerlah. Kemudian, panel skrin yang digunakan juga diperlihatkan akan menyokong kadar segar semula tinggi 120Hz. Ini agak menarik dan akhirnya Black Shark akan benar-benar bersaing dengan Asus ROG Phone.

Lebih mengejutkan adalah, sumber mengatakan yang peranti turut akan menjadi peranti mercu pertama yang menggunakan memori 16GB RAM. Sudah tentu, sokongan 5G juga akan disertakan, dan akan dijana dengan cip pemproses Snapdragon 865. Harapnya Black Shark akan kekal menggunakan skrin AMOLED dan tidak beralih ke LCD. Saya katakan begini kerana, Redmi K30 adalah peranti yang menyokong kada segar semula tinggi 120Hz – tetapi panel yang digunakan adalah LCD. Apa-apa pun, sama-sama kita nantikan.

Sumber : amanz.my

Write a Comment

view all comments

*

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.