Maklumat mengenai pemproses dan kamera Black Shark 4 telahpun tertiris ke arena web hari ini. Selepas hanya beberapa jam tertiris, Black Shark segera mengumumkan peranti untuk permua mercu ini akan dilancarkan di China pada 23 Mac kelak.

Dua model yang bakal dilancarkan ialah Black Shark 4 dan Black Shark 4 Pro. Peranti ini disahkan menggunakan Snapdragon 888, memori sehingga 8GB RAM, tri-kamera utama dan bateri sebesar 4500 mAh dengan pengecasan 120W. Seperti tahun lalu boleh diagak model Pro akan mempunyai butang bahu pop naik dan juga aksesori tambahan seperti yang ditawarkan oleh pengeluar peranti untuk permua lain di pasaran.

Sumber : amanz.my

By neto

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.