Black Shark Dan Tencent Games Mengumumkan Kerjasama Menghasilkan Telefon Untuk Permua

Ketika mula ditawarkan di pasaran sekitar tiga tahun yang lalu, ramai merasakan peranti untuk permua ialah trend yang mungkin akan mati. Tetapi ramalan ini nyata meleset dengan semakin ramai pengeluar menghasilkan peranti untuk permua mereka sendiri bagi memenuhi keperluan pengguna. Terkini Black Shark dan Tencent Games mengumumkan kerjasama untuk menghasilkan peranti untuk permua.

BlackShark HeloMenerusi kerjasama ini, kedua-dua syarikat akan bekerjasama mengoptimasikan perkakasan dengan permua yang dihasilkan. Ini ialah kerjasama kedua Tencent Games dengan pengeluar peranti. Tahun lalu ASUS ROG Phone 2 versi Tencent telah ditawarkan kepada pengguna. Dengan Black Shark 3 dijangka dilancarkan dalam masa terdekat, ia besar kemungkinan akan menerima sokongan rasmi Tencent Games.

Tencent Games ialah nama yang besar di dalam arena permua kerana menerbitkan PUBH Mobile. COD Mobile, League of Legend dan Arena of Valor. Menerusi pengoptimasian, permua-permua ini mungkin akan dapat dimainkan dengan kadar bingkai tinggi 120Hz yang dipercayai akan disokong pada Black Shark 3.

Sumber : amanz.my

Write a Comment

view all comments

*

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.