BMW Motorrad Definition CE 04 Diperlihatkan – Skuter Konsep Elektrik Dengan Rekaan Cyberpunk

BMW sering memperlihatkan pelbagai skuter konsep elektrik. Tetapi jangan keliru, skuter elektrik BMW adalah dalam kategori kenderaan seperti motosikal dan bukannya skuter elektrik seakan Xiaomi. Mereka pernah memperlihatkan BMW Vision Motorrad Next 100 yang kelihatan seakan motosikal dari filem adiwira, BMW Motorrad Concept Link dengan konsep seakan dari filem Blade Runner serta C Evolution yang dijual pada unit yang terhad.

Terkini, BMW memperlihatkan pula BMW Motorrad Definition CE 04. Ia adalah skuter elektrik dengan rekaan seakan dari permainan video Cyberpunk. Skuter ini adalah skuter yang ingin dijadikan sebagai skuter harian untuk pergi ke kerja, pulang ke rumah, menziarahi rakan atau lain-lain. Ia menggunakan rekaan ranggi, cantik, kelihatan futuristik. Menurut BMW, rekaan skuter ini adalah sebahagian dari teknologi mereka.

Skuter ini bergantung kepada kuasa bateri sepenuhnya, yang mana dimuatkan di bawah unit. Ini memberikan banyak ruangan kosong untuk menyimpan beg atau helmet. Skuter ini turut menggunakan set infohibur yang unik, skrin nirbingkai dan kelihatan memudahkan pengguna untuk pemantauan dan kawalan.

CE 04 ini dilihat dibina berasaskan C Evolution. C Evolution mempunyai kemampuan bergerak sejauh 100 batu dalam kelajuan 80 batu sejam dengan satu pengecasan. Ketika itu, C Evolution dijual pada harga $14,000 (~RM57,897). Tiada informasi sama ada skuter ini akan menjadi realiti atau akan kekal sebagai konsep.

Sumber : amanz.my

Write a Comment

view all comments

*