Berita Menarik

Boeing Memperlihatkan Konsep Pesawat Konsep Hipersonik Yang Terbang Pada Kelajuan Mach 5

Pembaca : 15
0 0

Menggunakan teknologi sedia ada, kita boleh terbang mengelilingi bumi dalam masa 45 jam. Ini adalah masa yang mungkin dianggap perlahan tetapi jauh lebih pantas berbanding sebelum terciptanya kapal terbang. Pelayaran pertama mengelilingi bumi dilakukan pada tahun 1522 dan ia mengambil masa lebih tiga tahun. Yang pasti kita hidup di dunia dimana kepantasan adalah penting.

OnsepOleh itu Boeing mempunyai perancangan menghasilkan pesawat hipersonik yang mampu terbang pada kelajuan Mach 5. Dengan pesawat ini, lautan Atlantik boleh dilintas dalam masa dua jam dan lautan pasifik pula dalam masa tiga jam. Pesawat konsep hipersonik mereka telah diperlihatkan di Atlanta semalam.

Pesawat ini hanya mampu membawa 32 orang penumpang dan saiznya lebih kecil berbanding sebuah Boeing 737. Ia mensasarkan kelajuan maksimum Mach 5 dan terbang pada ketinggian 95,000 kaki. Ini adalah 2.5 kali lebih pantas dan 30,000 kaki lebih tinggi berbanding pesawat Concorde yang dipurnakarya pada tahun 2003. Bagi mencapai kelajuan ini, enjin baru turboramjet diperlukan dan ianya masih dalam pembangunan. Sekiranya semua berjalan dengan lancar, pesawat ujian pertama dijangka terbang pada pertengahan 2024.

Apa yang dilakukan oleh Boeing ini berbeza berbanding pesaing mereka Lockheed Martin dan Boom yang masih cuba membangunkan pesawat supersonik. Lockheed Martin percaya pesawat peribadi dengan kepantasan Mach 3.3 sudah memadai dan bekerjasama dengan Aerion. Boom pula ialah inisiatif menghasilkan pesawat penumpang supersonik yang mengisi vakum yang ditinggalkan oleh Concorde.

Sumber : amanz.my

Happy
Happy
0 %
Sad
Sad
0 %
Excited
Excited
0 %
Sleepy
Sleepy
0 %
Angry
Angry
0 %
Surprise
Surprise
0 %

Average Rating

5 Star
0%
4 Star
0%
3 Star
0%
2 Star
0%
1 Star
0%

Tinggalkan Balasan

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.