Terdapat beberapa laman web di Malaysia yang memudahkan perbandingan untuk beberapa perkara – terutamanya untuk insurans, pinjaman, dan perbankan. Kini, dalam usaha untuk memudahkan perbandingan dilakukan dalam arena telekomunikasi dan gajet, sebuah perkhidmatan baru yang hadir adalah BolehCompare.

BolehCompare

Melalui BolehCompare, pengguna boleh membuat perbandingan antara talian telekomunikasi mudah-alih dan juga talian tetap – selain turut melakukan pendaftaran terus melaluinya. Pihak BolehCompare sendiri menjana pendapatan melalui pendaftaran dan pembelian yang dilakukan oleh pengguna pada laman mereka.

Selain daripada pakej telekomunikasi, pengguna juga turut boleh membuat perbandingan untuk telefon pintar melaluinya – tetapi penawaran telefon pintar dan peranti masih tidak menyeluruh buat masa ini.

Bagi anda yang berminat, boleh menyemak laman BolehCompare hari ini dan menggunakannya dalam membuat perbandingan untuk pakej telekomunikasi dan untuk gajet.

Layari : BolehCompare

Sumber : amanz.my

By neto

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.