Bosch Membangunkan Sistem Letupan Bagi Mengelakkan Kematian Dalam Kemalangan Kereta Elektrik

Dalam masa beberapa dekad, penggunaan kereta elektrik akan semakin meningkat sejajar dengan masyarakat yang semakin cakna tentang impak penggunaan kereta dengan enjin bahan api fosil. Sungguhpun mesra alam, kenderaan elektrik masih mempunyai risiko terutamanya apabila ia terlibat dalam kemalangan. Banyak video tular menunjukkan kereta elektrik meletup selepas terlibat dalam kemalangan.

Bosch telah mengumumkan sistem keselamatan kenderaan elektrik yang menggunakan sistem letupan mini. Apabila kemalangan berlaku, ambungan bateri akan diputuskan menggunakan letupan kecil pada sebuah cip litar bersepadu. Dengan sistem elektrik yang telah diputuskan, penumpang tidak akan mengalami risiko renjatan elektrik dan mengelakkan berlakunya percikan api kerana litar pintas. Anggota bomba dan penyelamat juga tidak terdedah kepada bahaya renjatan ketika menyelamatkan mangsa. Sistem ini digunakan pada cip litar bersepadu CG912 yang mengawal sistem beg udara kenderaan.

Sumber : amanz.my

Write a Comment

view all comments

*

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.