CIMB telah memperkenalkan sokongan perbankan melalui bot, iaitu CIMB EVA. Ketika pengenalan, ia hanya terhad untuk beberapa perkara seperti semakan baki, membuat tambah nilai – sebelum ditambah fungsi pembayaran JomPay.

Kini, CIMB turut menambah sokongan yang dinantikan ramai pada aplikasi CIMB EVA mereka, iaitu kebolehan memindahkan wang kepada akaun CIMB atau akaun bank lain terus melalui sokongan bot permesejan mereka.

CIMB EVA

Melaluinya, seperti biasa pengguna disediakan dengan perbualan berbentuk permesejan untuk melakukan transaksi – yang mana mungkin digemari sejumlah pengguna berbanding penggunaan aplikasi CIMB biasa pada peranti mudah-alih.

Bagi anda yang berminat, boleh mengemaskini aplikasi CIMB EVA anda hari ini pada Android dan iOS, seterusnya mencuba sendiri kebolehan pemindahan wang melalui bot ini.

Muat-Turun CIMB EVA untuk Android

Muat-Turun CIMB EVA untuk iOS

Sumber : amanz.my

By neto

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.