Bridgstone Akan Menghasilkan Tayar Tanpa Angin Untuk Kenderaan Komersial Dan Basikal

Teknologi tayar tanpa angin sudah wujud berdekad lamanya pada basikal kanak-kanak dan kenderaan di dalam gudang. Satu kelemahan tayar tanpa angin ialah ianya terlalu keras untuk pemanduan jarak jauh. Oleh itu tayar tanpa angin generasi baharu mula muncul pada tahun 2005. Bridgestone kini mengumumkan rancangan menghasilkan tayar tanpa angin untuk kegunaan kenderaan komersial dan juga basikal.

Teknologi tayar tanpa angin akan diperlihatkan penggunaannya secara meluas ketika Sukan Olimpik 2020 Tokyo di mana mereka adalah antara penaja rasmi. Tayar tanpa angin untuk kegunaan kenderaan komersial seperti lori mereka mampu menampung beban sehingga 2267 kilogram. Pembangunan tayar tanpa angin Bridgestone telah dimulakan sejak 2011 dan hanya kini dilihat sedia untuk digunakan di dunia sebenar.

Bridgestone masih belum berkongsi billakan tayar tanpa angin untuk kereta akan dilancarkan. Pesaing mereka Michelin telahpun menyasarkan penggunaannya pada kenderaan buatan GM menjelang 2024.

Sumber : amanz.my

Write a Comment

view all comments

*

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.