TechSemut Malaysia

Bukan satu dua laman web pornografi kanak-kanak di Malaysia tapi…

Bukan satu dua laman web pornografi kanak-kanak di Malaysia tapi…

Disember 06
16:07 2017
Share Button

Lebih 155 laman web yang mengandungi penderaan seksual kanak-kanak telah disekat Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia atau SKMM pada tahun ini.

Dato’ Sri Jailani Johari yang juga Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia berkata, tindakan tersebut mengikut Seksyen 211 dan 233 Akta Komunikasi Multimedia 1998.

Kesemua laman web tersebut mengandungi bahan lucah, palsu, mengancam atau jelik, sumbang dan mengganggu orang lain.

Dato’ Sri Jailani berkata, “SKMM bertindak sebagai penasihat teknikal dan berperanan menyekat laman web tersebut sekiranya ia mengandungi kandungan yang tidak sepatutnya dilihat oleh seorang kanak-kanak.”

Jika ia melibatkan jenayah seksual, SKMM dan kementerian bertanggungjawab akan bekerjasama dengan Polis Diraja Malaysia atau PDRM untuk tindakan.

“Sekatan dibuat setelah mendapat laporan dan SKMM akan berhubung dengan penyelia atau hos luar seperti Google untuk proses berikutnya.”

Lagi artikel menarik…

sumber asal : http://theskop.com

Related Articles

0 Comments

No Comments Yet!

There are no comments at the moment, do you want to add one?

Write a comment

Write a Comment

Your email address will not be published.
Required fields are marked *

*

Facebook Auto Publish Powered By : XYZScripts.com