TechSemut Malaysia

Butiran Pemproses Intel Core i9 Dibocorkan

Butiran Pemproses Intel Core i9 Dibocorkan

Butiran Pemproses Intel Core i9 Dibocorkan
Mei 16
08:41 2017

Ia bukan rahsia lagi bahawa Intel merancang untuk melancarkan pemproses generasi ke 7 yang dilengkapi lebih dari 4 teras selepas pelancaran barisan pemproses Core i7 baharunya tidak lama dahulu. Jika dilihat pada generasi pemproses sebelumnya, pemproses yang dilancarkan termasuk Core i7-6800K (6 teras), 6900K (8 teras), dan 6950X (10 teras), yang dilancarkan 6 bulan selepas pemproses 6700K(4 teras). Namun, terdapat butiran yang bocor mengenai barisan pemproses berbilang teras baharu  yang termasuk ke dalam model Intel Core i9.

Intel Core i9

Butiran Pemproses Intel Core i9 Dibocorkan

Menurut satu foto yang diperolehi dari forum AnandTech, spesifikasi berikut memperincikan pemproses Intel Core i9 akan datang:

CPU Name Cores/Threads Base Clock Boost Clock
Core i9-7920X 12 / 24 N/A N/A
Core i9-7900X 10 / 20 3.3GHz 4.3GHz Turbo 2.0
4.5GHz Turbo 3.0
Core i9-7820X 8 / 16 3.6GHz 4.3GHz Turbo 2.0
4.5GHz Turbo 3.0
Core i9-7800X 6 / 12 3.5GHz 4.0GHz

Model 7920X dan 7900X dikatakan akan dilengkapi 44 barisan PCI-e dan TDP setinggi 160 watt manakala model 7820X dan 7800X akan dilengkapi 28 barisan PCI-e dengan TDP 140 watt. Semua pemproses Intel Core i9 dibangunkan berasaskan senibina Skylake-X, satu evolusi ke atas senibina Broadwell-E yang digunakan sebelumnya.

Dua buah pemproses Core i7 berasaskan sinibina Kaby Lake turut diperkenalkan. Model 7740K merupakan versi 7700K yang lebih berkuasa dan tetap dilengkapi dengan 4 teras dan 8 jalur, tetapi mempunyai kelajuan jam asas 4.3GHz dan kelajuan turbo 4.5GHz. Model 7640K pula merupakan pemproses Core i5-7600K yang dipertingkatkan, dilengkapi 4 teras dan 4 jalur dengan kelajuan jam 4.0GHz dan kelajuan turbo 4.3GHz.

Pemproses baharu Intel itu dijangka akan diperkenalkan secara rasmi dalam bulan Jun sekitar waktu acara Computex diadakan. Ia merupakan acara pengenalan perkakasan terbesar dunia yang diadakan setahun sekali. Walaubagaimanapun tiada khabar mengenai harga jualan pemproses baharu Intel itu.

Related Articles

0 Comments

No Comments Yet!

There are no comments at the moment, do you want to add one?

Write a comment

Write a Comment

Your email address will not be published.
Required fields are marked *

CAPTCHA

*

Facebook Auto Publish Powered By : XYZScripts.com